Q3: Celik IT | Jamnie James

22 September 2016 | Kisah Kejayaan

       Adik Jamnie James yang merupakan pelajar SMK Tongod yang berumur 15 tahun dan merupakan anak yang kedua daripada empat orang adik-beradik. Beliau merupakan salah seorang calon pelar SMK Tongod yang mendapatkan keputusan yang terbaik dalam peperiksaan Penilaian tahap 3 (PT3) pada tahun 2015 dengan mendapat keputusan 5A 2B dan 1C. Di Sekolah, Jamnie juga merupakan ahli pengakap yang aktif sering kali mewakili sekolah ke peringkat Daerah dan Bahagian.

       Adik Jamnie adalah salah seorang yang terawal menjadi ahli Pusat Internet Pekan Tongod yang pada masa ketika itu masi dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Pekan Tongod pada tahun 2010. beliau  juga adalah merupakan antara salah seorang adik penerima Netbook 1Malaysia yang telah diagihkan kepada pelajar-pelajar SMK Tongod pada tahun 2011. Dengan adanya pemberian Netbook 1Malaysia ini, Adik Jamnie sering kali mengunjungi PI1M Pekan Tongod bagi menggunakan sebaiknya kemudahan yang telah diberikan kepada beliau, Melalui Pusat Internet 1 Malaysia, Adik Jamnie menemui cara terbaru untuk belajar dan mengulangkaji secara lebih berkesan. Rakan-rakannya yang tinggal di bandar, yang dikenalinya melalui rangkaian sosial memberitahunya bahawa belajar melalui internet adalah salah satu cara yang berkesan dan mampu meningkatkan tahap kefahaman terhadap sesuatu subjek.

      Dengan bantuan staff  Pi1M Pekan Tongod, Adik Jamnie dapat melayari laman web seperti seperti Astro Tutor TV, e-book, blogspot dan lain-lain untuk mendapatkan tips dan meningkatkan pengetahuan dalam mata pelajaran yang diambil. Sekiranya terdapat kesulitan, maka beliau akan berbincang dengan guru-guru dan juga rakan-rakan di sekolah mahupun di alam maya.

       Belajar melalui internet adalah sangat mudah dan menyeronokkan bagi Adik Jamnie. Terdapat juga pelbagai kuiz-kuiz  bagi setiap mata pelajaran seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Sains dan lain-lain yang dipaparkan dengan menggunakan grafik yang berwarna-warni, dan ianya menarik minat Adik Jamnie untuk terus mengulangkaji tanpa rasa jemu.Sehingga Disember 2015, Adik Jamnie adalah antara dua orang pelajar yang mewakili SMK Tongod ke Beuafort bagi bersama pelajar-pelajar dari Jepun dalam program yang dianjurkan oleh pihak Universiti Malaysia Sabah yang berakhir pada 30 Disember 2015.