Bengkel Pembuatan Sabun Herba

11 November 2017 |

PI1M PEKAN TONGOD

11HB NOVEMBER 2017

LAPORAN AKTIVITI NOVEMBER 2017

PROGRAM BENGKEL PEMBUATAN SABUN HERBA

 

Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tongod telah mengadakan sebuah program bengkel Pembuatan Sabun Herba. Objektif utama program ini adalah merupakan usaha dalam mewujudkan komuniti yang kreatif dan berdaya saing dalam menambah kemahiran disamping mencari ruang untuk memulakan/mengembangkan perniagaan secara kecil-kecilan.

Dalam program ini pihak PI1M menganjurkan kelas keusahawanan dengan memberikan pendedahan kepada para peserta mengenai idea perniagaan, kaedah pemasaran dan cara mempromosi produk, disebelah pagi sebelum bermulanya bengkel pembuatan sabun.

Setelah kelas keusahawanan selesai, para peserta memulakan bengkel dengan menghasilkan tiga jenis sabun iaitu sabun Kolagen, sabun pencuci pinggan mangkuk dan sabun Vitamin C. Kesemua penggunaan bahan sabun yang dipelajari adalah mudah untuk diperoleh dan selamat untuk kulit serta penggunaan kos yang sangat minima.

Diharapkan agar program seumpama ini dapat mempromosi Pi1M dan menggalakkan komuniti mengikuti program, aktiviti, latihan dan kelas ICT yang diadakan di Pi1M. Selain itu, untuk menarik komuniti supaya mendaftar dan menjadi ahli Pi1M.