Program Advokasi Bersama Suri Rumah Dan Bengkel Sihat Pengguna Tupperware

05 November 2016 | Berita Terkini

          Pada 05hb November 2016, Pi1M Pekan Tongod telah mengadakan program Advokasi bersama komuniti khususnya suri rumah disamping menjalani Bengkel Sihat bersama pengguna barangan Tupperware. Seramai 20 orang peserta yang telah mengambil bahagian dalam program ini yang bermula dari jam 11.00am sehingga 3.00pm. Sebelum memulakan acara, kesemua para peserta telah dibawa melakukan senam-robik secara beramai-ramai dan seterusnya mendengar ceramah kesihatan mengenai produk Tupperware.

          Dalam program ini juga pihak PI1M telah memberi taklimat mengenai perkhidmatan PI1M sekaligus memberi ceramah Klik Dengan Bijak dan E-Waste kepada para perserta yang hadir.  Para suri rumah juga telah diberi penjelasan mengenai penggunaan barangan jenama Tupperware serta cara penggunaan barang-barang tersebut.