Program DIY 'Bookmark' (Penanda Buku) Sempena Cuti Sekolah

22 November 2016 | Berita Terkini

            22hb November 2016, Selasa – PI1M Pekan Tongod telah mengadakan Program DIY bagi menghasilkan ‘Bookmark’ yang mana peserta yang terlibat adalah pelajar-pelajar SK Pekan Tongod. Dalam program ini para peserta yang hadir telah diajar cara menghasilkan ‘bookmark’ dengan menggunakan kertas gam dan gunting. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi mengembangkan  daya kreatif para peserta yang terlibat disamping menggalakkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

            Sebelum memulakan kerja dalam menghasilkan “Bookmark”, terlebih dahulu para peserta telah diberikan ceramah mengenai advokasi Klik Dengan Bijak mengenai keselamatan kata laluan dan email serta ceramah mengenai E-waste. Mereka juga meminta agar aktiviti seumpama ini dapat dijalankan secara lebih kerap lagi. Diharapkan program seperti ini dapat menarik lebih ramai komuniti lain untuk melibatkan diri mereka kelak.