PROGRAM ADVOKASI DAN LATIHAN KEUSAHAWANAN BERSAMA PELAJAR LEPASAN SPM

15 December 2016 | Berita Terkini

Pada 15hb Disember  2016, Pi1M Pekan Tongod telah mengadakan program Advokasi dan Latihan Keusahawanan  bersama pelajar lepasan SPM. Seramai 12 orang pelajar yang telah mengambil bahagian dalam program ini yang bermula dari jam 9.00am sehingga 4.00pm.

Dalam program ini pihak PI1M telah memberi taklimat mengenai perkhidmatan PI1M dan   Klik Dengan Bijak kepada pelajar yang yang hadir. Dalam latihan keusahawanan pula pihak PI1M telah telah mengajar mengenai idea perniagaan, cara membuat blog dan poster, serta cara-cara memasarkan produk melalui laman web www.mudah.my. DiAkhir program pihak PI1M kemudiannya telah memberi penerangan mengenai  E-Waste kepada para pelajar yang hadir.