PROGRAM GOTONG ROYONG & ADVOKASI BERSAMA AHLI PI1M PEKAN TONGOD

17 December 2016 | Berita Terkini

17hhb Disember 2016 (Sabtu), Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tongod telah mengadakan sebuah aktiviti gotong-royong sekaligus ceramah Advokasi bersama dengan ahli-ahli Pi1M. Aktiviti ini bertujuan untuk membersihkan kawasan persekitaran dan juga di dalam Pi1M. Sebelum memulakan gotong-royong, semua peserta yang hadir telah diberikan ceramah Klik Dengan Bijak  mengenai tips keselamatan  dilaman social dan E-waste.

            Semua yang hadir bersama-sama melakukan kerja seperti menyapu lantai, membersihkan longkang, memungut sampah, mencabut rumput, melap cermin serta memmbersihkan daun-daun kering. Aktiviti gotong-royong ini sangat bermanfaat kepada komuniti dan juga Pi1M kerana ianya bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim diantara ahli-ahli dan kakitangan Pi1M, malah turut memberikan keselesaan kepada komuniti setempat yang akan berkunjung untuk menggunakan perkhidmatan internet di Pi1M. Selain itu, aktiviti seperti ini juga boleh menyihatkan tubuh badan.