PROGRAM HARI TERBUKA PI1M PEKAN TONGOD

10 December 2016 | Berita Terkini

Pada 10hb Disember 2016 bersamaan hari Sabtu , PI1M Pekan Tongod telah mengadakankan Program Hari Terbuka Pusat internet 1Malaysia yang merupakan mini carnival tahunan yang diadakan setahun sekali untuk menghargai  sokongan komuniti kepada PI1M Pekan Tongod. Program ini dimeriahkan dengan kehadiran komuniti sekitar Pekan Tongod Ahli-ahli Jawatankuasa Kampung dan diserikan lagi dengan jemputan Encik Ronley Saringan yang juga merupakan Pengerusi PI1M sekaligus merupakan Perasmi pada Program hari terbuka ini. dan

            Program Hari Terbuka PI1M ini bermula jam 9.00am, didahului dengan pendaftaran para peserta untuk pertandingan-pertandingan yang diadakan dan berakhir pada jam 3.00pm. Pelbagai acara pertandingan yang dijalankan antaranya pertandingan mewarna bagi kanak-kanak Tadika Kemas, pertandingan puzzle Klik Dengan Bijak online,  pertandingan boling kelapa dan beberapa lagi sukan neka yang dipertandingkan.

            Program Hari Terbuka yang telah berlangsung ini mendapat sambutan dan kerjasama daripada seramai lebih daripada 100 orang yang hadir. Sesi penyampaian hadiah dan cabutan tiket bertuah diadakan diakhir program. Pihak pengurusan PI1M Pekan Tongod berharap agar progam seperti ini dapat menjadi salah satu pemangkin kepada usaha merapatkan jurang digital dikalangan masyarakat bandar dan luar bandar disamping dapat terus memberikan sokongan setiap program-program yang dianjurkan oleh PI1M pekan Tongod.