USAHAWAN TUPPERWARE | PUAN MASTINI MASSA

07 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Setiap insan inginkan kejayaan dalam sesuatu bidang dalam kehidupan masing-masing. Seperti seorang pelajar yang inginkan kejayaan dalam pelajaran, pelbagai usaha dan cara bagi mencapai hasrat tersebut. Bak kata pepatah hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Begitu jugalah dengan seorang insan yang bernama Puan Mastini Massa, berumur 34 tahun, seorang suri rumah dan ibu kepada lima orang anak yang tingaal di Pekan Tongod. Suami beliau merupakan seorang guru yang mengajar di SMK Tongod, Tongod.

 Semenjak tahun 2010 sejak tertubuhnya Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Tongod yang dulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti Pekan Tongod, puan Mastini telah berdaftar sebagai ahli di Pi1m Pekan Tongod bersama suami serta anak-anak beliau. Latihan Ict yang telah dianjurkan oleh pihak Pi1M kepada ahli, puan Mastini akan menyertainya terutama kelas yang berkaitan dengan internet.

Pada Tahun 2007, beliau telah memulakan perniagaannya di rumah sahaja dan ada kalanya beliau akan ke rumah pelanggan yang telah membuat temujanji dengan membawa katalog-katalog Tuperware yang pada ketika itu beliau hanyalah ahli biasa dalam Tupperware. Pada masa tersebut pelanggan Puan Mastini hanyalah dikalangan guru-guru disekolah SK Pekan Tongod dan SMK Tongod sahaja.

Dengan  adanya kewujudan PI1M dan telah menjadi  ahli PI1M  , jika ada kelapangan beliau akan pergi ke PI1M Pekan Tongod untuk mempelajari dan membuat beberapa akaun media social seperti whatapps, facebook dan telegram bagi bertujuan mempromosikan perniagaan beliau selain memudahkan beliau dan pelanggan berhubung. Beliau telah membuat kumpulan melalui whatsapp dan telegram kepada pelanggan-pelanggannya di sekitar Pekan Tongod, kakitangan Klinik Kesihatan Tongod dan Guru-guru sekolah. Puan Mastini juga telah membuat page melalui akaun facebook beliau iaitu “Mastini Tupperware”. Puan Mastini akan menerima tempahan Tupperware hanya melalui akaun Media social beliau sahaja.

Sehinggalah ke ini tahun 2016, Puan  Mastini telah diberikan gelaran  “3Star Director” dan telah dijemput untuk menghadiri Jubliee Tupperware di Kuala Lumpur pada bulan Oktober 2016. Berkat usaha gigih Puan Mastini, pendapatan beliau juga semakin bertambah. Puan Mastini juga telah dua kali bekerjasama dengan pengurusan PI1M Pekan Tongod pada tahun ini dalam mengadakan bengkel Tupperware dalam PI1M Pekan Tongod. Bagi beliau perniagaan melalui internet mampu memberi pendapatan jika digunakan dan dimanfaat dengan sebaiknya

.