USAHAWAN TUKANG JAHIT | PUAN NARTINI PERDU

30 November 2016 | Kisah Kejayaan

Puan Nartini Perdu berumur 26 tahun  yang mempunyai sebuah kedai jahit di Pekan Tongod. Puan Nartini mula menceburi bidang jahitan selepas habis belajar tingkatan lima, beliau telah mengkuti kursus jahitan GIAT MARA di Daerah Kinabatangan pada tahun 2007 selama setahun. Kemudian puan Nartini menyambung pengajian beliau apabila beliau mendapat tawaran untuk mengikuti kursus jahitan anjuran Kementerian Luar Bandar pada tahun 2009 yang bertempat di Daerah Tongod.

Pada tahun 2012 ketika beliau mengikuti sebuah kursus yang telah dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Belia dan Sukan yang bersebelahan dengan Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tongod (PI1M), beliau telah berkunjung ke PI1M Pekan Tongod untuk bertanyakan mengenai perkhidmatan yang disediakan di PI1M pekan Tongod. Pada hari yang sama beliau juga telah menjadi ahli PI1M Pekan Tongod kerana kawasan kedai milik Puan Narnita juga mendapat liputan perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar.

Jika ada kelapangan beliau akan pergi ke PI1M Pekan Tongod untuk mempelajari dan membuat beberapa akaun media sosial seperti email dan whatsapp serta menggunakan google dan youtube dalam mencari fesyen-fesyen rekaan baju yang Puan Nartini inginkan. Tempahan untuk jahitan juga semakin berkembang kerana bukan saja orang-orang disekitar Pekan Tongod malahan dari luar Pekan Tongod juga ada menghantar tempahan dengan Puan Nartini. Beliau telah membuat pengiklanan melalui kumpulan whatsapp beliau sendiri. Kebanyakan pelanggan yang datang adalah kakitangan yang menggunakan pakaian seragam seperti orang-orang Klinik Kesihatan, Persatuan RELA dan Angkatan Pertahanan Awam.