Ekonomi dan Keusahawanan

Antara aktiviti ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat di Pekan Tongod ialah seperti berikut:

1) Bekerja di sektor awam

Penduduk bekerja di sektor awam seperti di Pejabat Daerah, Jabatan Pertanian, Majlis Daerah, Jabatan Air, Pejabat Belia dan Sukan, Jabatan Haiwan, sekolah rendah dan sekolah menengah.

 

2) Bekerja di sektor swasta

Terdapat sebilangan penduduk yang bekerja di estet berhampiran, syarikat-syarikat kecil seperti syarikat kontraktor.

 

3) Berniaga

Pelbagai jenis perniagaan dijalankan oleh penduduk setempat seperti  kedai runcit, restoren, kedai jahit, salun dan kedai menjual baju. Mereka juga berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual kuih-muih.

 

4) Pertanian

Kebanyakan penduduk di sekitar Pekan Tongod masih menjalankan aktiviti pertanian seperti mengusahakan tanaman kelapa sawit, sayur-sayuran, getah dan padi.

 

 

USAHAWAN PI1M PEKAN TONGOD

 

1) Puan Suriati Mohd Aminudin (Pengusaha Kek, Minuman, dan kuih)

Puan Suriati merupakan pengusaha kek, minuman dan kuih di Pekan Tongod. Sejak tahun 2015, beliau telah membuka sebuah kedai yang dinamakan Nice Cool. Pelbagai jenis kek, minuman sejuk seperti cendol, ice blender serta makanan seperti waffle dan kuih muih dijual di kedai beliau.

Nombor telefon: 014 8531097

 

2) Puan Rosmary Dungai (Pengusaha RY SPA)

Puan Rosmary Dungai telah mendapatkan bantuan cara memasarkan produknya daripada Pi1M Pekan Tongod dan membuka spa beliau di Kinabatangan.
No telefon : 014-8686790

 

3) Puan Norhanifah Ahmad (Pengusaha Kuih Muih Tradisional)

Puan Norhanifah membuat dan menjual kuih muih terdisional secara kecil-kecilan dan juga menerima tempahan daripada orang awam. Antara produknya yang dikenali adalah kuih ros, kuih jala dan kuih basah.

Nombor telefon: 013 8917819

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.