Maklumat Tempatan

Maklumat Komuniti Pekan Tongod
        Pada awalnya EN.KANGI telah menamakan tempat ini sebagai “TONGODO”, iaitu bersempena dengan nama pokok-pokok kayu yang banyak terdapat ditempat ini ketika itu. Apabila Dato Rabbana (Saudagar berbangsa Suluk) telah sampai di tempat ini, beliau telah meminta agar nama tersebut ditukar kepada “TONGOD” yang membawa erti “TEMPAT” dalam bahasa Suluk. 
        Seterusnya pangkal nama Tongod ditambah dengan perkataan “KUALA” (Alung-Bahasa Sungai) maka jadilah nama tempat ini “KUALA TONGOD” (ALUNG TONGOD-Bahasa Sungai). Ini adalah disebabkan oleh kedudukan tempat ini sendiri terletak di Muara (Kuala Sungai Tongod) yang mengalir ke Sungai Kinabatangan. 
        Kini, Pekan Tongod merupakan sebuah pusat pentadbiran dengan keluasan 600 ekar dan mempunyai penduduk seramai 1,370 orang. Pekan ini terletak di bawah kawasan Kinabatangan dan kira-kira 52 kilometer dari Pekan Telupid. Terdapat beberapa buah kampung yang berdekatan dengan Pekan Tongod iaitu Kg.Malagatan, Kg.Purutawoi,Kg.Bulot, Kg.Talibu, Kg.Bulot dan Kg.Kiliwatong, Masyarakat berbangsa Sungai merupakan penduduk majoriti di tempat ini.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.