Pelancongan & Rekreasi

Tempat-tempat Menarik
Terdapat beberapa tempat yang menarik di kawasan Pekan Tongod. Antaranya ialah:

1. Imbak Kanyon
Pengusaha: Yayasan Sabah & Petronas
Alamat: Conservation and Environmental Management Division, c/o Rakyat Berjaya Sdn.  
Bhd. Jalan Sekolah Cheng Min, P.O. Box 1437, 90715 Sandakan, Sabah, Malaysia.
Website: http://imbakcanyon-borneo.com.my
No.Telefon / Email: (6 089) 210852 / 225836 / cemdinfo@icsb-sabah.com.my    
Kawasan Konservasi Imbak Kanyon digambarkan sebagai sebuah khazanah alam yang sungguh berharga terletak di Ulu Kinabatangan, di tengah Sabah. Perkataan kanyon pada  namanya lebih merujuk kepada kedalamannya 750 meter dan lebar tiga kilometer dari paras laut dengan cerunan batu yang diukir dari landskap oleh Sungai Imbak, yang menjadikannya  seperti kanyon. Imbak Kanyon yang dikelilingi tiga sisi cerunan batu mencapai ketinggian 1,127 meter (3,700 kaki) adalah kawasan hutan hujan dan kaya dengan flora, fauna serta memiliki biodiversiti yang tinggi. Imbak Kanyon diuruskan oleh Yayasan Sabah (YS), yang terlibat dalam kerja-kerja pemuliharaan, penyelidikan, latihan, pendidikan dan rekreasi alam semula jadi. Terdapat beberapa selebriti seperti Maya Karin dan Remy Ishak telah mengunjungi tempat menarik ini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Imbak Kanyon seperti ‘jungle trekking”, “bird watching”, “nature of outdoor photography”, perkemahan dan “night walk” untuk menerokai hidupan liar. Penginapan juga disediakan. Perjalanan dari Pekan Tongod ke Imbak Kanyon mengambil masa 2 jam sehingga 3 jam.

2. Bangunan Kedai Meng Chiang
Alamat: Jalan Pekan Lama, Pekan Tongod.
Pemilik: En.Foh Sing
Bayaran Kemasukan: Percuma
Sumber Artikel: http://syafiqsamiun.blogspot.com
Bangunan ini adalah milik sebuah syarikat perdagangan cina (Yoong Soon) yang pada ketika itu mempunyai kedai besar di Kg.Tangkulap dalam Daerah Tongod. Perjalanan dari Pi1M Pekan Tongod ke bangunan ini hanya mengambil masa selama 3 minit. Bangunan ini adalah bangunan tertua dimana ianya telah dibina sebelum pendudukan Pihak Jepun (Sekitar Kedatangan Pemerintahan Kesultanan Sulu). Secara ringkas bangunan ini telah melalui "Empat Zaman Pemerintahan (Suluk,British,Jepun,British) sehinggalah pada hari ini masih lagi kukuh.Pada zaman pemerintahan Suluk dan British kedai ini seringkali dijadikan sebagai tempat mesyuarat dan menyelesaikan permasalahan penduduk kampung.Pada zaman Jepun pula bangunan ini dijadikan sebagai Markas tentera dan pusat penyimpanan peralatan senjata.Dikatakan juga bahawa banyak darah yang telah ditumpahkan oleh Pihak Jepun di kawasan ini. Seandainya pada masa ini OT.Harun Bin Japar dan Fee Bak Meen (Antara Taukeh Kedai) masih hidup pada ketika ini, nescaya sebuah buku kecil dapat diterbitkan hasil cerita khusus disebalik bangunan ini.Pada masa sekarang ini, seandainya bangunan ini seperti manusia (boleh berkata-kata) banyak kisah yang boleh diceritakan kerana sepanjang usianya telah menyaksikan kisah hidup dan suka duka penduduk Kg.Tongod khususnya sejak ianya di bina hingga sekarang.

3. Tugu Sumpah Perdamaian (Suku Rumanau dan Suku Mangkaak)
Alamat: Kg. Kiandongo (Jarak dari Pi1M Pekan Tongod – 7 minit)
Sumber: Aki Nabalu
Permusuhan diantara suku Rumanau dan suku Mangkaak ini hanya berjaya ditamatkan sepenuhnya dengan campur tangan Pihak British iaitu pada tarikh "04hb.Mei.1953. Peristiwa perdamaian tersebut telah diadakan di Kg.Kiandongo dalam kawasan Daerah Tongod dan di buat oleh (OT.Karukau-Suku Rumanau dan OT.Rungkaki-Suku Minokok) sebagai wakil bagi kedua-dua suku tersebut. Tokoh Rumanau iaitu Aki Rukou, Aki Liung dan seorang tokoh lagi telah mewakili suku Rumanau ketika mengadakan ritual "Momopol" atau "Mitaruh" (ritual bersumpah untuk mengakhiri pertumpahan darah). Upacara ini dilakukan setelah suku Kadazandusun Mangkaak dan Rumanau terlibat dalam perang saudara hampir 100 tahun (1880 – 1953). Suku Dusun Mangkaak diwakili oleh Aki Rungkakai. Seorang penjelajah British pernah sampai ke daerah ini dan menyaksikan setiap minggu ada mayat-mayat tanpa kepala bergelimpangan akibat perang tersebut. Pada 04/05/1953, di Kg. Kiandongo Tongod, upacara perdamaian “Mitaru” diadakan dengan menyembelih seekor ayam di atas tiang “Bulian”. Di dalam ritual “Mitaru”, kedua-dua suku bersumpah tidak lagi akan berperang. 



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.