Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain

Maklumat PI1M Pekan Tongod

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Pekan Tongod telah mula beroperasi sejak 01 Mac 2010. Pada masa itu, PI1M dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Pekan Tongod yang dikendalikan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang berlantik. Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd di bawah Program Pemberian Sejagat (Universal Service Provision).


Matlamat dan objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) adalah:

Memberi perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di luar bandar sejajar dengan hasrat

kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara masyarakat di bandar dan luar bandar.

Memberi perkhidmatan capaian internet kepada komuniti setempat.

Menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan sosioekonomi masyarakat berpendapatan

rendah melalui penyediaan kemudahan serta sistem latihan yang dinamik dan berkualiti.



Perkhidmatan lain yang disediakan:

  • Penggunaan Internet/Komputer

  • Kelas Komputer / Ict (Percuma Untuk Ahli)

  • Kelas Latihan Keusahawanan (Percuma Untuk Ahli)

  • Peminjaman Netbook 1Malaysia

  • Menaip, Print, Fotostat & Laminate

  • Sewa Bilik (Mesyuarat/Kursus/Latihan)


Maklumat Komuniti Pekan Tongod

Pada awalnya EN.KANGI telah menamakan tempat ini sebagai “TONGODO”, iaitu bersempena dengan nama pokok-pokok kayu yang banyak terdapat ditempat ini ketika itu. Apabila Dato Rabbana (Saudagar berbangsa Suluk) telah sampai di tempat ini, beliau telah meminta agar nama tersebut ditukar kepada “TONGOD” yang membawa erti “TEMPAT” dalam bahasa Suluk.

Seterusnya pangkal nama Tongod ditambah dengan perkataan “KUALA” (Alung-Bahasa Sungai) maka jadilah nama tempat ini “KUALA TONGOD” (ALUNG TONGOD-Bahasa Sungai). Ini adalah disebabkan oleh kedudukan tempat ini sendiri terletak di Muara (Kuala Sungai Tongod) yang mengalir ke Sungai Kinabatangan.

Kini, Pekan Tongod merupakan sebuah pusat pentadbiran dengan keluasan 600 ekar dan mempunyai penduduk seramai 1,370 orang. Pekan ini terletak di bawah kawasan Kinabatangan dan kira-kira 52 kilometer dari Pekan Telupid. Terdapat beberapa buah kampung yang berdekatan dengan Pekan Tongod iaitu Kg.Malagatan, Kg.Purutawoi,Kg.Bulot, Kg.Talibu, Kg.Bulot dan Kg.Kiliwatong, Masyarakat berbangsa Sungai merupakan penduduk majoriti di tempat ini.


Kemudahan-kemudahan yang boleh didapati di Pekan Tongod:

Klinik Kesihatan Tongod

Pejabat Daerah Tongod

Jabatan Air Daerah Tongod

Jabatan Pertahanan Awam

Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tongod

Jabatan Haiwan Daerah Tongod

Jabatan Pertanian Daerah Tongod

Jabatan Kebajikan Daerah Tongod

Pertubuhan Peladang Kawasan Tongod

Sekolah Tabika Kemas, Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Dewan dan padang

Restoran-restoran, kedai runcit, salon dan butik.

Tempat Ibadah (Masjid / Gereja)


Maklumat PI1M & Komuniti Pekan Tongod

Lokasi

Sebelah Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tongod, 89300 Telupid, Sabah.

Daerah

Tongod

Negeri

Sabah

Populasi

1,370

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah, Kelapa Sawit, Padi, Sayur-sayuran), Perniagaan Kecil-kecilan (Kedai/Butik/Restoran), Bekerja di jabatan awam dan swasta.

Jumlah Keahlian

(setakat 30 September 2015)

955 Orang

Lat/Long PI1M

5°15'23.4"N / 117°00'19.1"E

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

01 Mac 2010

Maklumat Pengurusan PI1M


Pengurus

Nama: Maslizan Amir Bak

Email: mazlizan@celcom1cbc.com

No Telefon: 013 5566061


Penolong Pengurus

Nama: Florince Minsor

Email: florince@celcom1cbc.com

No Telefon: 010 5476014

Website

http://www.celcom1cbc.com/pekan-tongod

Kampung Tanpa Wayar

  1. Pi1M Pekan Tongod (20 Meter CBC Tower)

  2. SMK Tongod (12 Meter KTW Pole)

  3. Sk Tongod (12 Meter KTW Pole)

  4. Pejabat Daerah (12 Meter KTW Pole)

  5. Nursing Training Quarter (12 Meter KTW Pole)

  6. Kg.Kuala Tongod (12 Meter KTW Pole) – Rumah En. Robin Lampakas

  7. Bangunan Sedco (Jabatan Kebajikan Tongod)

  8. Kg.Kuala Tongod – Rumah En.Mohammad Fauzi

  9. Kg.Talibu (12 Meter KTW Pole) – Rumah Ketua Kampung Talibu





Tempat-tempat Menarik

Terdapat beberapa tempat yang menarik di kawasan Pekan Tongod. Antaranya ialah:


1. Imbak Kanyon

Pengusaha: Yayasan Sabah & Petronas

Alamat: Conservation and Environmental Management Division, c/o Rakyat Berjaya Sdn.

Bhd. Jalan Sekolah Cheng Min, P.O. Box 1437, 90715 Sandakan, Sabah, Malaysia.

Website: http://imbakcanyon-borneo.com.my

No.Telefon / Email: (6 089) 210852 / 225836 / cemdinfo@icsb-sabah.com.my

Kawasan Konservasi Imbak Kanyon digambarkan sebagai sebuah khazanah alam yang sungguh berharga terletak di Ulu Kinabatangan, di tengah Sabah. Perkataan kanyon pada namanya lebih merujuk kepada kedalamannya 750 meter dan lebar tiga kilometer dari paras laut dengan cerunan batu yang diukir dari landskap oleh Sungai Imbak, yang menjadikannya seperti kanyon. Imbak Kanyon yang dikelilingi tiga sisi cerunan batu mencapai ketinggian 1,127 meter (3,700 kaki) adalah kawasan hutan hujan dan kaya dengan flora, fauna serta memiliki biodiversiti yang tinggi. Imbak Kanyon diuruskan oleh Yayasan Sabah (YS), yang terlibat dalam kerja-kerja pemuliharaan, penyelidikan, latihan, pendidikan dan rekreasi alam semula jadi. Terdapat beberapa selebriti seperti Maya Karin dan Remy Ishak telah mengunjungi tempat menarik ini. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Imbak Kanyon seperti ‘jungle trekking”, “bird watching”, “nature of outdoor photography”, perkemahan dan “night walk” untuk menerokai hidupan liar. Penginapan juga disediakan. Perjalanan dari Pekan Tongod ke Imbak Kanyon mengambil masa 2 jam sehingga 3 jam.


2. Bangunan Kedai Meng Chiang

Alamat: Jalan Pekan Lama, Pekan Tongod.

Pemilik: En.Foh Sing

Bayaran Kemasukan: Percuma

Sumber Artikel: http://syafiqsamiun.blogspot.com

Bangunan ini adalah milik sebuah syarikat perdagangan cina (Yoong Soon) yang pada ketika itu mempunyai kedai besar di Kg.Tangkulap dalam Daerah Tongod. Perjalanan dari Pi1M Pekan Tongod ke bangunan ini hanya mengambil masa selama 3 minit. Bangunan ini adalah bangunan tertua dimana ianya telah dibina sebelum pendudukan Pihak Jepun (Sekitar Kedatangan Pemerintahan Kesultanan Sulu). Secara ringkas bangunan ini telah melalui "Empat Zaman Pemerintahan (Suluk,British,Jepun,British) sehinggalah pada hari ini masih lagi kukuh.Pada zaman pemerintahan Suluk dan British kedai ini seringkali dijadikan sebagai tempat mesyuarat dan menyelesaikan permasalahan penduduk kampung.Pada zaman Jepun pula bangunan ini dijadikan sebagai Markas tentera dan pusat penyimpanan peralatan senjata.Dikatakan juga bahawa banyak darah yang telah ditumpahkan oleh Pihak Jepun di kawasan ini. Seandainya pada masa ini OT.Harun Bin Japar dan Fee Bak Meen (Antara Taukeh Kedai) masih hidup pada ketika ini, nescaya sebuah buku kecil dapat diterbitkan hasil cerita khusus disebalik bangunan ini.Pada masa sekarang ini, seandainya bangunan ini seperti manusia (boleh berkata-kata) banyak kisah yang boleh diceritakan kerana sepanjang usianya telah menyaksikan kisah hidup dan suka duka penduduk Kg.Tongod khususnya sejak ianya di bina hingga sekarang.


3. Tugu Sumpah Perdamaian (Suku Rumanau dan Suku Mangkaak)

Alamat: Kg. Kiandongo (Jarak dari Pi1M Pekan Tongod – 7 minit)

Sumber: Aki Nabalu

Permusuhan diantara suku Rumanau dan suku Mangkaak ini hanya berjaya ditamatkan sepenuhnya dengan campur tangan Pihak British iaitu pada tarikh "04hb.Mei.1953. Peristiwa perdamaian tersebut telah diadakan di Kg.Kiandongo dalam kawasan Daerah Tongod dan di buat oleh (OT.Karukau-Suku Rumanau dan OT.Rungkaki-Suku Minokok) sebagai wakil bagi kedua-dua suku tersebut. Tokoh Rumanau iaitu Aki Rukou, Aki Liung dan seorang tokoh lagi telah mewakili suku Rumanau ketika mengadakan ritual "Momopol" atau "Mitaruh" (ritual bersumpah untuk mengakhiri pertumpahan darah). Upacara ini dilakukan setelah suku Kadazandusun Mangkaak dan Rumanau terlibat dalam perang saudara hampir 100 tahun (1880 – 1953). Suku Dusun Mangkaak diwakili oleh Aki Rungkakai. Seorang penjelajah British pernah sampai ke daerah ini dan menyaksikan setiap minggu ada mayat-mayat tanpa kepala bergelimpangan akibat perang tersebut. Pada 04/05/1953, di Kg. Kiandongo Tongod, upacara perdamaian “Mitaru” diadakan dengan menyembelih seekor ayam di atas tiang “Bulian”. Di dalam ritual “Mitaru”, kedua-dua suku bersumpah tidak lagi akan berperang.








Hadapi Masalah? Rujuk Panduan