Berita & Aktiviti Terkini

Usahawan PI1M - Puan Anang Nasang

28 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha : Anang Binti Nasang Nama Perniagaan : Syarifah Andaman Alamat peniagaan : Kg. Dengan,Tungku, Lahad Datu, Sabah Perincian Perniagaan : Pelamin Dan andaman No . Telefon : 013-8543410 Email : syarifah_ana@gmail.com Puan Anang Nasang merupakan pengusaha syarifah Andaman yang terletak di Kampung Dengan, Tungku, Lahad Datu .Beliau telah mengusahakan pernigaan ini lebih 20 tahun dan banyak menerima tempahan sekitar daerah Lahad Datu, Tungku dan jajahan Felda. Pada asalnya, perniagaan beliau hanya dikenali oleh penduduk sekitar daerah Tungku sahaja dan tempahan yang beliau terima hanya dalam daerah Tungku. Namun, setelah mengikuti program usahawan di Pusat Internet 1... read more

Kursus Usahawan fasa 12 2016

27 December 2016 | Berita Terkini

Pada 21 & 22hb Disember, kursus usahawan fasa terakhir bagi tahun 2016 telah diadakan. Kursus ini menjadi penutup kepada program usahawan sepanjang tahun 2016. Seramai 5 orang peserta telah mengikuti program ini. Program selama dua (2) hari ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli yang mengikuti kelas tersebut untuk menimba sebanyak mungkin ilmu berkaitan perniagaan atas talian. Antara pengisian kursus usahawan pada kali ini adalah teknik menyediakan kertas kerja pernigaan yang baik dan juga bagaimana mereka menguasai perniagaan atas talian. Selain itu, program ini juga memperkenalkan mereka kepada aplikasi atas talian yang boleh mereka... read more

Advokasi & sukaneka

21 December 2016 | Berita Terkini

Pada 17.12.2016, PI1M Pekan Tungku telah mengadakan program Advokasi & Sukaneka sempena cuti sekolah. Program tersebut terbuka kepada semua ahli dan komuniti. Aktiviti bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang dan dimulakan dengan ceramah advokasi kepada mereka yang hadir. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti juga turut diadakan antaranya ialah sukaneka, jamuan ringan dan sebagainya. Program seperti ini akan sentiasa diadakan untuk mengisi masa terluang ahli terutamanya bagi pelajar sekolah.   ... read more

Horeyyyyy Cuti sekolah

30 November 2016 | Berita Terkini

Pada 27hb November, Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Tungku telah mengadakan aktiviti sempena cuti sekolah kepada semua ahli. Program ini dijalankan sebagai permulaan musim cuti sekolah yang baru. Pada program kali ini, Pihak PI1M telah menjalankan aktiviti advokasi kepada semua ahli yang terlibat. sebanyak 30 orang ahli terlibat. Dalam program advokasi, pihak PI1M telah menyampaikan taklimat klik dengan bijak kepada ahli. Tujuan taklimat ini adalah peringatan secara berterusan kepada ahli berkenaan disiplin dalam melayari internet. Majoriti ahli yang terlibat amat memahami program ini memandangkan setiap kelas ict yang mereka hadiri seringkali... read more

Program Keusahawan PI1M Pekan Tungku - November

29 November 2016 |

Pada 23 & 24 November 2016 satu program Latihan Keusahawanan bersama usahawan Tungku telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Tungku anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Tungku. Program ini merupakan satu program keusahawanan yang dibangunkan oleh Nusuara Technologies S/B. Program ini melibatkan semua usahawan di daerah Tungku yang meliputi sehingga usahawan dari kawasan Felda Sahabat. Latihan selama 2 hari ini telah mendedahkan usahawan kepada usahawan online dan mempelajari pelbagai kemudahan perniagaan secara online dan latihan.  Antara topik-topik menarik yang diberikan pendedahan kepada mereka adalah seperti microsoft office, panduan membangun laman web dan email serta banyak lagi... read more

Usahawan PI1M - Reyes Jessica

27 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha : Reyes Jessica Nama Perniagaan : Pulau  Buta Agro Tourism Resort Alamat peniagaan : Kg. Telisai, KM62 Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah Perincian Perniagaan : Resort No . Telefon : 014-359 7500 Email : pulaubuta6699@gmail.com Puan Reyes Jessica merupakan pengusaha Pulau Buta Agro Tourism Resort. Resort ini masih baru lagi. Sesiapa yang ingin membuat tempahan bilik atau ingin membuat aktiviti di Resort tersebut boleh la menghubungi Puan Jessica. ... read more

Program Keusahawan PI1M Pekan Tungku

31 October 2016 |

Pada 26 & 27 Oktober 2016 satu program Latihan Keusahawanan bersama usahawan Tungku telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Tungku anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Tungku.. Program ini merupakan satu program keusahawanan yang dibangunkan oleh Nusuara Technologies S/B. Program ini melibatkan semua usahawan di daerah Tungku yang meliputi sehingga usahawan dari kawasan Felda Sahabat. Latihan selama 2 hari ini telah mendedahkan usahawan kepada usahawan online dan mempelajari pelbagai kemudahan perniagaan secara online dan latihan.  Antara topik-topik menarik yang diberikan pendedahan kepada mereka adalah seperti microsoft office, panduan membangun laman web dan email serta banyak lagi... read more

Usahawan PI1M- Norliza Binti Abd Naning

26 October 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha : Norliza Binti Abd Naning Nama Perniagaan : Dropship Umur : 27 Tahun Alamat perniagaan : Kg. Dengan Tungku Perincian Perniagaan : Dropship pelbagai produk Norliza Binti Abd Naning merupakan seorang yang berumur 27 tahun dan bekerja di Tabika Kemas. Untuk menambhakan pendapatan beliau telah menjadi dropship untuk pelbagai jenis barangan seperti Imanni Skinz dan tudung. Facebook beliau Pn Lyeza Fadly. ... read more

Usahawan PI1M - Marliani Hj. Abd Kayum

26 October 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha : Marliani Binti Hj. Abd Kayum Nama Perniagaan : Restoran Ayam Penyet Umur : 25 Tahun Alamat perniagaan : Kg. Dengan Tungku Perincian Perniagaan : Kedai Makan Marliani Binti Hj. Abdul Kayum merupakan seorang suri rumah. Beliau menjalankan perniagaan kedai makan. Antara menu yang masakan yang terkenal di kedai beliau ialah ayam penyet, selain itu terdapat pelbagai jenis menu makanan dan minuman yang disediakan. Beliau juga turut mengambil tempahan melalui whatsapp dan facebook. Facebook beliau Marliani Abd Kayum.   ... read more

Pertandingan DIY

26 October 2016 |

Pada 23.10.2016 Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan pertandingan DIY. Program ini telah disertai oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Mereka diarahkan untuk membuat dua benda yang berbeza daripada kertas sahaja. Selain itu, para peserta dibenarkan untuk melihat youtube sebagai rujukan untuk membuat benda tersebut. Sehubungan dengan itu, mereka telah membuat beg, bakul, kotak, sampul surat dan banyak lagi dan semua itu dibuat daripada kertas sahaja. Tujuan program ini diadakan untuk menguji tahap kekreatifan dan kefahaman mereka. ... read more

lagi berita & aktiviti