Pertandingan DIY

26 October 2016 |

Pada 23.10.2016 Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan pertandingan DIY. Program ini telah disertai oleh 10 orang pelajar sekolah rendah. Mereka diarahkan untuk membuat dua benda yang berbeza daripada kertas sahaja. Selain itu, para peserta dibenarkan untuk melihat youtube sebagai rujukan untuk membuat benda tersebut.

Sehubungan dengan itu, mereka telah membuat beg, bakul, kotak, sampul surat dan banyak lagi dan semua itu dibuat daripada kertas sahaja. Tujuan program ini diadakan untuk menguji tahap kekreatifan dan kefahaman mereka.