Program Keusahawan PI1M Pekan Tungku

31 October 2016 |

Pada 26 & 27 Oktober 2016 satu program Latihan Keusahawanan bersama usahawan Tungku telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Tungku anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Tungku.. Program ini merupakan satu program keusahawanan yang dibangunkan oleh Nusuara Technologies S/B.

Program ini melibatkan semua usahawan di daerah Tungku yang meliputi sehingga usahawan dari kawasan Felda Sahabat. Latihan selama 2 hari ini telah mendedahkan usahawan kepada usahawan online dan mempelajari pelbagai kemudahan perniagaan secara online dan latihan. 

Antara topik-topik menarik yang diberikan pendedahan kepada mereka adalah seperti microsoft office, panduan membangun laman web dan email serta banyak lagi yang lebih menarik untuk membangunkan perniagaan mereka.