Program Keusahawan PI1M Pekan Tungku - November

29 November 2016 |

Pada 23 & 24 November 2016 satu program Latihan Keusahawanan bersama usahawan Tungku telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Tungku anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Tungku. Program ini merupakan satu program keusahawanan yang dibangunkan oleh Nusuara Technologies S/B.

Program ini melibatkan semua usahawan di daerah Tungku yang meliputi sehingga usahawan dari kawasan Felda Sahabat. Latihan selama 2 hari ini telah mendedahkan usahawan kepada usahawan online dan mempelajari pelbagai kemudahan perniagaan secara online dan latihan. 

Antara topik-topik menarik yang diberikan pendedahan kepada mereka adalah seperti microsoft office, panduan membangun laman web dan email serta banyak lagi yang lebih menarik untuk membangunkan perniagaan mereka. Selain itu para peserta juga di ajar cara untuk mengiklankan produk mereka melalui media sosial.