Horeyyyyy Cuti sekolah

30 November 2016 | Berita Terkini

Pada 27hb November, Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Tungku telah mengadakan aktiviti sempena cuti sekolah kepada semua ahli. Program ini dijalankan sebagai permulaan musim cuti sekolah yang baru.

Pada program kali ini, Pihak PI1M telah menjalankan aktiviti advokasi kepada semua ahli yang terlibat. sebanyak 30 orang ahli terlibat. Dalam program advokasi, pihak PI1M telah menyampaikan taklimat klik dengan bijak kepada ahli. Tujuan taklimat ini adalah peringatan secara berterusan kepada ahli berkenaan disiplin dalam melayari internet. Majoriti ahli yang terlibat amat memahami program ini memandangkan setiap kelas ict yang mereka hadiri seringkali diselitkan dengan taklimat kdb.

Selesai taklimat kdb, sedikit games telah disediakan untuk mereka. Games yang disediakan adalah kesinambungan daripada taklimat kdb sebentar tadi. Games ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih kepada ahli.

diharapkan agar aktiviti sebegini dapat dijalankan setiap bulan agar ahli lebih memahami apa tanggungjawab pi1m kepada mereka.