Advokasi & sukaneka

21 December 2016 | Berita Terkini

Pada 17.12.2016, PI1M Pekan Tungku telah mengadakan program Advokasi & Sukaneka sempena cuti sekolah. Program tersebut terbuka kepada semua ahli dan komuniti. Aktiviti bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang dan dimulakan dengan ceramah advokasi kepada mereka yang hadir. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti juga turut diadakan antaranya ialah sukaneka, jamuan ringan dan sebagainya.

Program seperti ini akan sentiasa diadakan untuk mengisi masa terluang ahli terutamanya bagi pelajar sekolah.