Kursus Usahawan fasa 12 2016

27 December 2016 | Berita Terkini

Pada 21 & 22hb Disember, kursus usahawan fasa terakhir bagi tahun 2016 telah diadakan. Kursus ini menjadi penutup kepada program usahawan sepanjang tahun 2016. Seramai 5 orang peserta telah mengikuti program ini.

Program selama dua (2) hari ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli yang mengikuti kelas tersebut untuk menimba sebanyak mungkin ilmu berkaitan perniagaan atas talian.

Antara pengisian kursus usahawan pada kali ini adalah teknik menyediakan kertas kerja pernigaan yang baik dan juga bagaimana mereka menguasai perniagaan atas talian.

Selain itu, program ini juga memperkenalkan mereka kepada aplikasi atas talian yang boleh mereka gunakan sebagai medium untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka.

Diharap, kursus selama 2 hari ini memberi manfaat yang besar kepada peserta kursus. Jumpa tahun hadapan.