Mengenai PI1M

          Pusat Internet 1 Malaysia dahulunya diknali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang merupakan projek kerajaan dan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)

dan dilaksanakan oleh CELCOM AXIATA di bawah program perkhidmatan sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

          Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ialah Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti, Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan berkaitan teknologi dan internet, meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan dan aktiviti yang disediakan PI1M, merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar dan meningkatkan kadar penembusan jalur lebar.


Perkhidmatan yang disediakan : 

  • Kelas Komputer/ICT
  • Printing
  • Menaip

 

Maklumat Komuniti Tungku


          Asal perkataan Tungku adalah diambil dari bahasa Begahak ( Dusun ) yang berbunyi “ TUNKU ” yang membawa makna “ PEDULI APA ” kononnya maka tersebutlah kisah sekumpulan anak-anak muda suku kaum Begahak ( Dusun ) yang sedang menangkap ikan dan berkhemah di muara sungai ( yang disebut Sungai Tungku sekarang ) telah didatangi oleh sepasukan orang-orang Inggeris yang sedang membuat pengambaran dan pemetaan yang kemudiannya berjumpa dan bertanya dalam bahasa Inggeris kepada anak-anak muda tersebut “ apakah nama tempat ini ” ? pertanyaan mereka telah tidak dijawab walaupun berulang-ulang kali ditanya. 

         Namun pertanyaan terus diajukan, maka salah seorang dari anak-anak muda itu pun menjawab dengan perkataan “ TUNKU ”. Apabila saja didengar oleh orang-orang Inggeris perkataan tersebut, dan mulai dari saat itu tempat ini dikenali sebagai Sungai Tungku manakala Pekan Tungku mengambil sempena nama Sungai Tungku. 
Sempadan Daerah asal diwartakan pada 1 Jun 2007. Pengwujudan Daerah Kecil Tungku ini diluluskan oleh Kabinet pada Mac 2009. Berhadapan Laut Celebes. Topografi berbukit bukau dengan Begahak Range mencapai ketinggian 760 meter dan tanah-tanah rendah hingga ke semenanjung Dent.


Maklumat PI1M & Komuniti Tungku


Lokasi

 Tungku, Lahad Datu

UST Area

 

Daerah

Tungku

Negeri

Sabah

Populasi

 2500

Aktiviti Ekonomi Utama

Perikanan, Perniagaan Kecil-kecilan, Pertanian dan Perkilangan ( Crode Palm Oil )

Jumlah Keahlian

(setakat 14 Ogos 2017)

648

Lat/Long PI1M

 5.040, 118.854

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

 28 Januari 2013

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Marini Laksamana

Email: marini@celcom1cbc.com

No Telefon: 019-5828728

 

Penolong Pengurus

Nama: Munawara Binti Mohamad Nor

Email: munawara@celcom1cbc.com

No Telefon: 014-8664074

Website

http://www.celcom1cbc.com/pekan-tungku

Kampung Tanpa Wayar

1.     – Rumah En. Abd Wahab (Ketua Kampung)

2.     – Pi1m Tungku