Ekonomi dan Keusahawanan

1) KEDAI RUNCIT
  • Terdapat banyak kedai runcit di Kampung Dengan Tungku yamg menjual pelbagai jenis barangan keperluan penduduk kampung. Kedai-kedia tersebut dibuka setiap hari bermula jam 7.00 am sehingga jam 9.00 malam.

2) RESTORAN
  • Terdapat beberapa restoran yang terdapat di sekitar kampung yang diusahakan oleh India mahupun melayu yang merupakan penduduk kampung Dengan Tungku sendiri. Pelbagai jenis makanan yang disediakan.

3) PENJAJA
  • Setiap pagi dan setiap hari terdapat penjaja di tepi jalan yang menjual makanan untuk sarapan memandangkan terdapat Sekolah Rendah dan Tabika di Kampung ini.

USAHAWAN PI1M PEKAN TUNGKU

1) EN. MAZLAN (PENGUSAHA KEDAI RUNCIT)
  • En. MazlaN Mohammad sememangnya cukup dikenali oleh seluruh komuniti Tungku. Seorang Usahawan dan mempunyai beberapa cawangan Kedai Runcit. Walaubagaimanapun, kerana tidak mempunyai promosi serta keadaan kedai runcit yang sedikit "kekampungan", perniagaan en. Mazlan kurang mendapat tempat dihati penduduk daerah Tungku. Para penduduk sanggup memandu sejauh 25KM ke kawasan Felda Sahabat untuk mendapatkan bekalan. No. Telefon : 010-8172582


2) PUAN RAFIDAH (PENGUSAHA KEDAI RUNCIT & PERNIAGAAN GAS)
  • Puan Rafidah Aziz, antara usahawan wanita daerah Tungku. Dikenali sebagai wanita hebat daerah ini kerana mampu menceburi pelbagai jenis perniagaan.Beliau telah mendapat anugerah usahawan paling berjaya daerah Lahad Datu selama dua tahun berturut-turut daripada Yayasan Usahawan Maju. Kegigihan beliau telah membuka mata semua pihak sehingga kan berjaya mendapat tawaran institusi kewangan untuk menambahbaik perniagaan beliau. Melalui Pusat Internet 1 Malaysia Tungku, Puan Rafidah telah mengikuti Kursus Usahawan serta latihan ICT untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam pelbagai bidang. Facebook : https://www.facebook.com/iqhmalya.dierah?fref=ts
3) PUAN JESSICA REYES (PENGUSAHA PULAU BUTA TOURISM)
  • Puan Jes adalah antara usahawan tempatan yang berjaya mengembangkan perniagaan keluarga beliau daripada perniagaan kecil-kecilan kepada perniagaan pelancongan.  Beliau juga pernah mengikuti kursus usahawan yang dianjurkan oleh MDEC iaitu E-rezeki.  Melalui program itu beliau dapat menambah pengetahuan dan meningkatkan ilmu pengetahuan beliau dalam bidang perniagaan. Beliau juga sering datang berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia Pekan Tungku untuk  menggunakan perkhidmatan yang ada di Pi1M.Melalui Pusat Internet 1 Malaysia Tungku, Puan Rafidah telah mengikuti Kursus Usahawan serta latihan ICT untuk meningkatkan kemahiran beliau dalam pelbagai bidang.  Facebook https://www.facebook.com/Pulaubuta6699/
© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.