Maklumat Tempatan

  Asal perkataan Tungku adalah diambil dari bahasa Begahak ( Dusun ) yang berbunyi “ TUNKU ” yang membawa makna “ PEDULI APA ” kononnya maka tersebutlah kisah sekumpulan anak-anak muda suku kaum Begahak ( Dusun ) yang sedang menangkap ikan dan berkhemah di muara sungai ( yang disebut Sungai Tungku sekarang ) telah didatangi oleh sepasukan orang-orang Inggeris yang sedang membuat pengambaran dan pemetaan yang kemudiannya berjumpa dan bertanya dalam bahasa Inggeris kepada anak-anak muda tersebut “ apakah nama tempat ini ” ? pertanyaan mereka telah tidak dijawab walaupun berulang-ulang kali ditanya. 

   Namun pertanyaan terus diajukan, maka salah seorang dari anak-anak muda itu pun menjawab dengan perkataan “ TUNKU ”. Apabila saja didengar oleh orang-orang Inggeris perkataan tersebut, dan mulai dari saat itu tempat ini dikenali sebagai Sungai Tungku manakala Pekan Tungku mengambil sempena nama Sungai Tungku. 
Sempadan Daerah asal diwartakan pada 1 Jun 2007. Pengwujudan Daerah Kecil Tungku ini diluluskan oleh Kabinet pada Mac 2009. Berhadapan Laut Celebes. Topografi berbukit bukau dengan Begahak Range mencapai ketinggian 760 meter dan tanah-tanah rendah hingga ke semenanjung Dent.

   Terdapat beberapa kampung di bawah Daerah Tungku antaranya Kampung Mundas, Kampung Tulibas Kecil, Kampung Membatu, Kampung Sri Hak, Kampung Makuou dan banyak lagi.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.