Mengenai Pusat Internet

Pusat Internet Malaysia

PIM Pekan Weston

           

Pusat Internet Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet Malaysia (PiM) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Pusat Internet Malaysia Pekan Weston telah mula beroperasi pada bulan April 2015. Setakat bulan Oktober 2018, Pusat Internet Malaysia Pekan Weston telah mempunyai ahli yang berdaftar seramai 636 orang ahli. Kempen untuk mempromosikan Pusat Internet Malaysia sebagai satu asset penting kepada komuniti Pekan Weston sedang giat dilakukan dengan menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dan kemudahan kepada komuniti. Pelbagai program juga giat dirancang untuk membangunkan komuniti tempatan agar tidak jauh ketinggalan dengan arus pemodenan yang pantas pada masa kini.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

ü  Menaip

ü  Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli)

ü  Pengimbas

ü  Pencetak dan Fotokopi



Maklumat Pekan Weston

            Nama asal Weston ialah "SUGIN LAWAS" bersempena dengan kedudukannya menempel dikawasan Teluk Brunei yang seolah-olah sebagai sugin di pipi (muka) seseorang. Kemudian namanya ditukar kepada "WEST TOWN" mengambil sempena nama seorang Pegawai British A.J. West yang merancang dan membina landasan keretapi dari Beaufort ke Weston. Sebutan orang Brunei (suku kaum majoriti Pekan ini), yang membunyikan perkataan "WEST TOWN" sebagai "WESTON" akhirnya menjadikan Pekan "West Town" menjadi Pekan "Weston" sekarang ini.

A.J. West juga pernah mencadangkan Pekan Weston sebagai Ibu Negeri North Borneo berdasarkan kedudukannya dekat dengan Pulau Labuan dan laluan produk-produk pertanian (getah) keluar (Ke Malaya/Singapura - pada masa itu dan terus ke England - destinasi akhir). Selanjutnya, kedudukan pelabuhannya yang berada didalam Teluk Brunei, terlindung dari tiupan angin ribut dan juga amat sesuai dari segi keselamatan serta mudah diawasi dari serangan lanun-lanun pada masa itu, menjadikan Pekan Weston dicadangkan sebagai Ibu Negeri North Borneo pada masa itu. Namun cadangan ini terpaksa dibatalkan disebabkan kawasan perairan Teluk Brunei (dimana terletaknya Pekan Weston) cetek dan tidak sesuai/tidak dapat menampung keperluan kapal-kapal besar yang akan membawa produk-produk pertanian (getah).

Semasa Perang Dunia II, Pekan Weston menjadi tempat pertama dimana kapal-kapal Tentera Jepun dari Pulau Labuan, mendarat di Tanah Besar North Borneo. Dari Pekan Weston tentera Jepun terus mara ke Beaufort dan menguasai Pekan Beaufort.

            Pekan Weston kini terdiri daripada 7 buah kampung iaitu Kg. Laut Weston, Kg. Hulu Weston, Kg Darat Weston, Kg Menengah Weston, Kg Logpond, Kg Palas, dan Kg Nabahan. Pekan Weston telah menyimpan banyak sejarah suka duka dan kini ianya menjadi sebuah Pekan yang semakin membangun di bawah pentadbiran kerajaan pada masa kini.

 

Maklumat PIM & Komuniti Pekan Weston

           

Lokasi

Pekan Weston

UST Area

Beaufort, Sabah.

Daerah

Beaufort

Negeri

Sabah

Populasi ( Sekitar Pekan )

200 Orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Nelayan, Sektor Kerajaan,Pelancongan, Pertanian, dan Perniagaan.

Jumlah Keahlian

(setakat Oktober 2018)

636 orang ahli

Lat/Long PIM

 5.2159930, 115.6007188

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

April 2015

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Zulfadzli Bin Chuchu

Email: zulfadzli@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-8936343

 

Penolong Pengurus

Nama: Fazlianah Bte Ag Piut

Email: fazlianah@celcom1cbc.com

No Telefon: 0109526804

Website

http://www.celcom1cbc.com/pekan-weston

Kampung Tanpa Wayar

1.     KTW Imam Arshad (Pole 12 Meter) – Rumah En. Zainal Abidin Omar Ali.

2.     KTW Kg Laut Weston (Pole 12 Meter) – Rumah En. Sitamam Bin Daud.

3.     KTW Kg Darat Weston (Pole 12 Meter) – Restoran En. Junaidi Bin Omar Ali.

4.     KTW Kg Hulu Weston (Pole 12 Meter) – Rumah En. Hj Sulaiman Bin Panjang.