Ekonomi dan Keusahawanan

Kegiatan Ekonomi 

  1. Kegiatan ekonomi yang terdapat di Pekan Weston dapat dibahagikan kepada lima. Kegiatan ekonomi yang utama di Pekan Weston ialah aktiviti penangkapan ikan. Lokasi Pekan Weston yang berhampiran dengan muara sungai memudahkan penduduk untuk turun ke laut menangkap ikan. 
  2.  Kegiatan ekonomi yang kedua ialah sebagai kakitangan awam iaitu bekerja dengan sektor kerajaan (guru). Hampir setiap isi rumah yang ada di Pekan Weston mempunyai ahli keluarga yang bekerja sebagai guru.             
  3. Kegiatan ekonomi ketiga tertinggi yang dijalankan di Pekan Weston ialah aktiviti pelancongan. Terdapat banyak pusat pelancongan kecil-kecilan telah diusahakan oleh penduduk tempatan Pekan Weston. Hampir setiap hari, pelancong akan datang ke Pekan Weston untuk menyaksikan keindahan flora dan fauna yang terdapat di Pekan Weston. Kebanyakan pelancong yang datang ialah berasal dari Negara China, Korea dan Amerika. 
  4. Kegiatan ekonomi keempat tertinggi yang diusahakan oleh penduduk kampung ialah perniagaan. Ramai penduduk kampung Pekan Weston terlibat dengan aktiviti perniagaan. Antara jenis perniagaan yang dijalankan ialah perniagaan runcit, perniagaan makanan, dan perniagaan telekomunikasi. 
  5. Kegiatan ekonomi kelima yang diusahakan oleh penduduk ialan pertanian. Terdapat penduduk yang mempunyai tanah milik persendirian yang mengusahakan tanaman seperti getah, kelapa sawit, dan buah-buahan tempatan.

 

 Keusahawanan

            Keusahawanan adalah aktiviti sebagai seorang usahawan, yang boleh ditakrifkan sebagai "yang menjalankan inovasi, kewangan dan perniagaan dalam usaha untuk mengubah dan menghasilkan satu inovasi pada barangan dan perkhidmatan dalam ekonomi". Ramai usahawan telah memulakan langkah untuk menghasilkan barangan baru menggunakan sumber-sumber tempatan untuk menjana ekonomi mereka. Pekan Weston juga mempunyai usahawan yang menghasilkan produk makanan menggunakan hasil laut, dan memajukan sesuatu kawasan untuk dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancong. Contoh seorang usahawan yang mengusahakan Perkhidmatan Pelancongan di Pekan Weston ialah En. Ali Bin Hj Ag Samudin. Bermula tahun 2014 beliau telah membina sebuah restoran di atas air yang dinamakan Rerstoran Ali. Restoran ini menjalankan aktiviti perusahaan restoran untuk pelancong “Rivercruise and Firefly” . Beliau juga menjalankan perkhidmatan sewa bot untuk pemancing di sekitar kawasan Pekan Weston. 


                                  Pemandangan yang cukup menarik di hadapan Restoran Ali

 

   

Pelancong yang datang di sebelah petang di Restoran Ali untuk menyaksikan Monyet Belanda dan malamnya Firefly

 


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.