Kemudahan Awam

Kemudahan Awam Pekan Weston

 

Kerajaan Malaysia sangat perihatin dalam membantu rakyat terutamanya rakyat yang hidup dil kawasan luar bandar. Pelbagai kemudahan awam telah disediakan dengan kos yang besar untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Pekan Weston tidak terkecuali menikmati kemudahan awam yang telah disediakan oleh pihak Kerajaan.

 


Klinik Kesihatan Pekan Weston

Antara kemudahan awam yang telah dibina oleh kerajaan ialah Klinik Kesihatan. Klinik Kesihatan penting kepada rakyat untuk mendapatkan rawatan apabila sakit atau berlaku kemalangan. Klinik Kesihatan Pekan Weston mempunyai dua orang pegawai kesihatan dan 8 orang kakitangan perubatan yang sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk di Pekan Weston.

 


Balai Polis

              Balai Polis telah disediakan di Pekan Weston untuk memastikan keselamatan dan keamanan di kawasan Pekan ini. Balai Polis Pekan Weston berfungsi sebagai pusat operasi untuk pegawai polis dan kakitangannya. Bangunan ini mengandungi pejabat,dan tempat penginapan untuk kakitangan.


 

Dewan Seri Dayang Pekan Weston

 

            Dewan Seri Dayang Pekan Weston memberikan khidmat sebagai lokasi sesuatu program yang berlangsung di Pekan Weston. Keluasan Dewan Seri Dayang ini mampu memuatkan seramai 1000 orang dalam satu acara, dan terdapat juga bilik khas untuk tujuan mesyuarat dijalankan. Selain pelaksanaan sesuatu program, dewan ini juga digunakan oleh penduduk sebagai tempat untuk bersukan seperti sukan badminton, sepak raga, silat, dan senam robik.

           

 

Masjid Nurul Iman Pekan Weston 

 

            Majoriti penduduk Pekan Weston ialah beragama Islam. Masjid telah disediakan untuk memudahkan penduduk beribadah, dan menjadi tempat penyatuan ummah.

 


Jeti 

Jeti Pekan Weston telah digunakan oleh penduduk Pekan Weston sebagai tempat menaikkan hasil tangkapan laut. Selain itu, Jeti ini juga menjadi salah satu tempat tarikan pelancong kerana menyediakan pemandangan muara sungai yang cantik kepada pengunjung.

 

 

Sekolah


           Terdapat 5 Sekolah yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk komuniti Pekan Weston dan penduduk disekitar Pekan ini. Pekan Weston mempunyai Sekolah Menengah, Sekolah  Rendah, Sekolah Rendah Agama, dan dua sekolah untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah iaitu Tabika Perpaduan dan Tabika Kemas.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.