Pelancongan & Rekreasi

(Weston Weatland Park)

                Weston Wetland Park ( WWP ) adalah salah satu daripada kawasan tanah lembap atau paya bakau yang berhampiran dengan sungai. Ianya terletak 122 km perjalanan menaiki kereta dari Kota Kinabalu , ibu negeri Sabah . Weston Wetland merupakan salah satu kawasan paya yang paling indah di Borneo. Ianya amat bernilai untuk dilawati. Kewujudan monyet proboscis , kelip-kelip , keluang , periuk kera liar dan hidupan liar lain merupakan satu aset yang dimiliki oleh Pekan Weston dan ianya merupakan satu kemestian bagi pencinta alam semula jadi. Aktiviti berakit yang lebih mencabar juga disediakan iaitu berakit melalui jeram di Sungai Padas. Segala aktiviti yang menarik disediakan untuk kepuasan pengunjung yang datang.

 

Nama Pemilik : Ko-Nelayan

No Telefon : 014-6552897/0109308545 ( En. Mohd Ali Bin Ag Samuddin ) bekerja di bawah WWP.

Laman Web Yang Boleh Dilawati : http://www.westonwetlandpark.com/

 

Weston River Cruise

               Weston River Cruise, seperti namanya , terletak di Weston , sebuah daerah kira-kira 16km dari pekan Beaufort. Weston mempunyai hutan bakau dan pelbagai spesies hidupan liar yang tidak terdapat di tempat lain. Weston adalah sebuah bandar di tepi sungai kecil dengan kampung tradisional Melayu dan Hutan Bakau . Weston River Cruise menyediakan perkhidmatan membawa pengunjung di sepanjang sungai Si Jam- Jam dan Hutan Simpan Paya Bakau. Pengunjung akan berpeluang untuk menyaksikan pelbagai hidupan liar termasuk Probosics Monkey ( Nasalis Larvatus ) , monyet berekor panjang, monyet berbulu perak, biawak , memerang dan pelbagai spesis burung . Makan malam ala Melayu juga disediakan oleh pihak pengusaha pelancongan.

 

Nama Pemilik : Azmi Bin Bungsu

No. Telefon : 011-2577 0064

Alamat : Kg. Laut Weston, Beaufort, Sabah.

Laman Web Yang Boleh Dilawati : http://www.sabahss.com/index.php?c=7&gid=42

                                                         https://www.facebook.com/weston.rivercruise?fref=ts

 

Restoran ( D Rasa )

            Restoran ini telah dibuka dengan rasminya pada tahun 2013 oleh pemiliknya iaitu En. Junaidi Omar Ali. Lokasi restoran terletak berhampiran dengan jeti lama Pekan Weston dan berada di atas air. Restoran ini menyediakan hidangan utama berasaskan makanan laut. Udang galah merupakan antara menu yang sering menjadi kegemaran pengunjung ketika berkunjung ke Restoran D’Rasa. Restoran ini menerima tempahan untuk pengunjung secara individu ataupun berkeluarga. Waktu operasi ialah bermula pada jam 2.00 petang sehingga 12.00 malam.

Nama Pemilik : En. Junaidi Bin Omar Ali

No. Telefon : 012-8038401

Alamat : Kg. Laut Weston, Beaufort, Sabah.

Laman Web Yang Boleh Dilawati : https://www.facebook.com/J01126695337?fref=ts

 

Weston Memorial Port ( Tempat Bersejarah )

Pelabuhan Weston telah dibina pada tahun 1951 di zaman pemerintahan British. Ianya dibina oleh sekumpulan tukang kayu berbangsa Cina. Secara keseluruhan, pelabuhan ini dibina dengan menggunakan kayu buliandengan kedalaman 20 meter ke dasar laut. Sementara itu, ukuran keluasan pelabuhan ini dijadikan tempat memunggah jentera perang dan peralatan binaan landasan keretapi British. Jambatan ini juga dijadikan pendaratan utama tentera Jepun ketika Perang Dunia Ke dua.

 Teratak Kasih ( Home Stay )

Homestay adalah satu bentuk pelancongan yang membolehkan pengunjung untuk menyewa dan tinggal di bilik atau rumah daripada keluarga tempatan. Ia kadang-kadang digunakan oleh orang-orang yang ingin meningkatkan kemahiran bahasa mereka dan menjadi biasa dengan gaya hidup tempatan. Beberapa negara menggalakkan homestay sebagai satu cara untuk membangunkan industri pelancongan mereka. Homestay membolehkan tuan rumah untuk mendapatkan pendapatan sampingan. Pelajar cenderung untuk mengatur homestay dengan sekolah atau universiti, tetapi mereka juga boleh mencari homestay melalui agensi-agensi swasta yang menghubungkan pelajar dengan homestay, biasanya dengan bayaran yang sangat rendah. Teratak Kasih Weston Homestay memberikan pengalaman bersama keluarga yang istimewa dengan menyediakan kadar sewa bilik yang berpatutan. Pengunjung akan dapat menyelami budaya masyarakat Melayu Brunei. Pengunjung boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti tempatan, termasuk menangkap ikan,  perkhemahan, dan bersiar-siar. Keluarga angkat di Teratak Kasih Weston memainkan peranan sebagai ibu bapa, memberi nasihat dan kadang-kadang menyelia aktiviti pengunjung khususnya pelajar. Keluarga di Teratak Kasih juga bertindak sebagai penasihat, membantu para pelajar memahami dan menyesuaikan diri dengan budaya baru mereka.

Nama Pemilik : Azizah Misnan

No. Telefon : 014-653 9224

Alamat : Kg. Laut Weston, Beaufort, Sabah.

Laman Web Yang Boleh Dilawati : https://www.facebook.com/Teratak-Kasih-330696840401134/timeline/


Landmark

 

Mercutanda untuk Pekan Weston ialah Perumahan di atas air. Pekan Weston terletak di muara sungai dan kegiatan ekonomi yang utama penduduknya ialah nelayan. Penduduk telah membina perumahan berhampiran dengan muara sungai ini untuk memudahkan mereka turun ke laut. Kerajaan telah memberikan bantuan dengan menaik taraf jambatan yang menghubungkan rumah-rumah di atas air ini. Sebelum ini, jambatan kayu disediakan oleh pihak kerajaan tetapi mudah rosak disebabkan oleh iklim/cuaca Malaysia panas dan lembap sepanjang tahun. Jambatan simen telah dibina dan penambahbaikan ini telah banyak memberi kemudahan kepada penduduk Pekan Weston yang tinggal di atas air. Pelbagai aktiviti pelancongan telah dibuka dan salah satu tarikan utama kepada pelancong luar ialah Perumahan di atas air disamping keindahan alam semulajadi hutan paya bakau dan hidupan liar yang yang jarang ditemui di tempat lain.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.