Pendidikan

SMK Weston Beaufort, Sabah.

            Smk Weston Beaufort merupakan sekolah menengah yang ada di Pekan Weston. Sekolah ini memberi perkhidmatan pendidikan menengah kepada penduduk Pekan Weston dan penduduk kampung yang tinggal berhampiran dengan Pekan Weston, seperti Kg Lingkungan, Lubok Weston, Kg Inuman, Kg Maraba, dan Kg Bukau. SMK Weston menawarkan pengajian peringkat menengah sehingga ke Tingkatan Enam. SMK Weston juga terkenal dengan sukan hoki di peringkat Negeri Sabah dan mempunyai padang hoki yang cantik. SMK Weston Beaufort boleh dihubungi menggunakan alamat dibawah :-

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Weston,

Peti Surat 197,

89808, Beaufort,

Sabah, Malaysia.

Telefon = 6087871454

Fax = 087871027

 

SK Weston, Beaufort, Sabah.

            Sk Weston Beaufort, menyediakan pendidikan untuk pelajar sekolah rendah. Lokasi yang berdekatan dengan kemudahan awam di Pekan Weston seperti Klinik dan Balai Polis meningkatkan lagi tahap keselamatan kepada pelajar yang belajar di sekolah ini. SK Weston Beaufort, boleh dihubungi menggunakan alamat dibawah :-

 

Sekolah Kebangsaan Weston,

Peti Surat 448,

89800, Beaufort,

Sabah, Malaysia.

Telefon = 6087871448

Fax = 6087871448

 

Sekolah Rendah Agama

            Sekolah Rendah Agama Pekan Weston terletak berhampiran dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Weston. Sekolah ini memulakan sesi pembelajaran pada sebelah petang setelah selesai sesi pagi persekolahan di SK Pekan Weston.

 

Tabika Perpaduan

            Tabika Perpaduan terletak berhadapan dengan SMK Weston dan menyediakan perkhidmatan pembelajaran awal kepada anak-anak yang berumur 5 hingga 6 tahun.

 

Tabika Kemas

            Tabika Kemas Pekan Weston terletak bersebelahan dengan Klinik Kesihatan Pekan Weston dan sekolah ini memberikan pendidikan kepada anak-anak yang berumur dari 4 hingga 6 tahun.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.