Berita & Aktiviti Terkini

BENGKEL LA’SOUL

17 April 2018 | Berita Terkini

  Pada 15 April 2018 bersamaan dengan hari ahad, pihak PI1M Perpustakaan Kota Belud telah mengadakan bengkel kecantikan bersama Team SNE 1MG MVM Kota Belud. Seramai 20 orang telah mengikuti bengkel ini. Antara aktiviti yang dilakukan ialah penerangan tentang produk-produk yang ditawarkan oleh SNE 1MG seperti produk penjagaan kulit dan juga supplement kesihatan. Selain penerangan, para peserta di beri kesempatan mencuba semua produk yang disediakan termasuk produk terbaru la’soul iaitu ‘dual tattoo brow, mascara, pre-cleansing 02 emulsifier’ dan ‘ Pansulin’ iaitu minuman tambahan untuk mencegah penyakit kenicing manis, diabetis type 1,2&3,... read more

Program Larian Bukit Bonggol bersama KRT dan Kelab Belia Pirasan Kota Belud 2018

31 March 2018 | Berita Terkini

  Pada 31 March 2018, PI1M Perpustakaan telah terlibat dalam menjayakan Program Larian Bukit Bonggol anjuran KRT Kampung Pirasan dan Kelab Belia Pirasan. Program ini juga merupakan program kerjasama PI1M bersama kelab belia dan NGO serta komuniti di sekitar Kota Belud.     Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mempromosikan salah satu tempat rekreasi yang menarik untuk di daki di Kota Belud. Ini juga salah satu aktiviti riadah positif yang melibatkan penglibatan komuniti dan Kelab di Kota Belud.     Program ini berjaya dijalankan dengan jayanya, selain aktiviti mendakit, aktiviti Sepak Manggis juga turut dijalankan untuk mempromosikan salah... read more

KARNIVAL JOM SIHAT BERSAMA TEAM SNE 1MG KOTA BELUD

27 March 2018 | Berita Terkini

  Pada 25 mac 2018 PI1M telah mengadakan “karnival jom sihat”  bersama team SNE 1MG MVM kota belud. Karnival jom sihat ini di hadiri lebih kurang 45 orang peserta termasuk team “ wings healthy” iaitu instructor zumba yang telah dijemput oleh team SNE 1MG MVM KOTA BELUD. gaya hidup sihat adalah gaya hidup yang mengutamakan amalan kesihatan dan pencegahan jangkitan penyakit. Gaya hidup adalah faktor yang akan menetukan tahap kesihatan dan kecergasan kita. Walaupun baka dan alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam hal kesihatan manusia, tetapi status kesihatan dan kecergasan kita ditentukan oleh gaya... read more

Program OPEN DAY PI1M 2018

27 March 2018 | Berita Terkini

  Pada 25 March 2018, PI1M Perpustakaan telah mengadakan Program “Open Day” @ Hari Komuniti buat kali Ke-3 semenjak PI1M ini beroperasi. Program ini merupakan program terbesar di PI1M diadakan sekali dalam setahun. Program ini berjalan selama 1 hari dan melibatkan pelbagai agensi dan NGO. Penyertaan komuniti sebanyak 123 orang.     Program Open Day ini telah melibatkan pelbagai agensi untuk terlibat seperti Perpustakaan Cawangan Kota Belud, Ar-Rahnu, SNE Marketing dan Syarikat Grolier. Selain itu daripada usahawan PI1M Sendiri terlibat dalam menjayakan aktiviti dan Kelab Belia Perisai Kota Belud.     Program yang telah dijalankan antaranya Cabutan... read more

NAZIR BADU SAMAH (PERUSAHAN PAKAIAN TRADISIONAL BAJAU KOTA BELUD) Q1 2018

27 March 2018 | Profil Usahawan Tempatan

  PROFILE USAHAWAN NAMA                 : MOHD NAZIR BIN ABDUL RASHIDIE ALAMAT              : KG MENUNGGUI, JALAN KUALA ABAI, 89158, KOTA BELUD, SABAH UMUR                  : 20 TAHUN FACEBOOK          : Nazir Badu Samah NO HP                   : 011 315 56958 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN PELAMIN BAJAU BAJU PENGGANTIN (SET LELAKI DAN PEREMPUAN) SERIMPAK, KUKU, DAN ANDAPUN PAKAIAN UNTUK PENGGAPIT CENDERAHATI MEREKA JUGA TERLIBAT DALAM MEGADAKAN PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL ANUGERAH YANG DITERIMA      - DESIGNER TOP 15 SEMPENA PESTA KANOU MOGINAKAN ANJURAN        LEMBAGA KEBUDAYAAN NEGERI SABAH 2018 -  RATU ETNIK BAJAU 2017 PERTANDINGAN RATU SERIMPAK TAMU BESAR KOTA BELUD TEMPAT PERTAMA TEMPAT KETIGA PERSEMBAHAN TARIAN   KADAR SEWA YANG DIKENAKAN UNTUK : PELAMIN + BAJU PENGANTIN... read more

Aktiviti Mewarna Dan Advokasi Bersama Tadika Sembirai Kota Belud

22 March 2018 | Berita Terkini

  Aktiviti mewarna telah dijalankan pada 17 mac 2018 bersama tadika sembirai. Aktiviti mewarna ini dihadiri 10 orang peserta manakala 10 orang ibubapa atau penjaga peserta dan seorang guru. Aktiviti mewarna ini diadakan bagi mencungkil bakat dan potensi diri peserta dan boleh menghasilkan karya berdasarkan krativiti peserta pada peringkat yang lebih tinggi. Aktiviti mewarna ini bertemakan satu malaysia. Disamping itu, kertas warna peserta dinilai oleh seorang guru dan seorang penolong pengurus p1im untuk memilih sebagai johan, dan naib johan. Selesai aktiviti mewarna, slot advokasi juga telah dijalankan untuk memperkenalkan kepentingan ict... read more

Mobile Legend Competition sempena Open Day 2018

19 March 2018 | Berita Terkini

  Pada 18 March 2018, PI1M Perpustakaan telah mengadakan Mobile Legend Competition 2018 kepada belia Kota Belud. Pertandingan ini diadakan bertempat di PI1M Perpustakaan Kota Belud. Pertandingan ini terbuka kepada belia berumur 13 – 18 tahun.     Pertandingan ini dijalankan bertujuan untuk memberi peluang kepada belia bermain permainan atas talian secara sihat dan mengalakkan belia berdaftar sebagai ahli di PI1M. Pertandingan ini juga mengalakkan belia untuk kerap berkunjung ke PI1M dan menggunakan perkhidmatan PI1M. Selain itu mempromosikan Program OPEN DAY PI1M pada 25 March 2018.     Pertandingan diadili oleh 3 pengadil dan berjaya dilaksanakan dengan... read more

Perasmian Smart Komuniti 2.0 bersama MCMC, Pejabat Daerah Kota Belud dan Usahawan PI1M Kota Belud 20

20 March 2018 | Berita Terkini

  Pada 17 March 2018, Smart Komuniti 2.0 telah dilancarkan di Kota Belud. Projek ini merupakan kesinambungan daripada pelancaran Smart Komuniti yang pertama pada 13 ogos 2016. Perasmian ini melibatkan banyak agensi besar seperti MCMC, Pejabat Daerah, PI1M, Usahawan dan Komuniti sekitar Kota Belud. Program ini telah dirasmikan sendiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia iaitu Dato seri Panglima Dr Salleh Tun Said Keruak bertempat di Dewan Masyrakat Tun Said Kota Belud.     Pelancaran program ini bertujuan untuk membuat penambahbaikan terhadap projek MCMC sebelum ini yang sudah ada di Kota Belud seperti Security... read more

Program Advokasi bersama Kelab Belia Perisai sempena Program Mobile CTC di Kota Marudu

13 March 2018 | Berita Terkini

  Pada 11 March 2018, PI1M Perpustakaan telah menjayakan program Advokasi (KDB) bersama Kelab Belia Perisai Kota Belud sempena Program Mobile CTC bertempat di Padang Pekan Kota Marudu. Program ini dijayakan selama 1 Hari.     Program ini dilaksanakan oleh PI1M bersama Kelab Belia merupakan salah satu hubungan kerjasama bersama NGO dalam menjayakan program bersama Komuniti. Program ini dijalankan sempena program Mobile CTC. Dalam program ini terdapat banyak agensi yang terlibat seperti Angkatan Tentera, Jabatan Pertanian, Majlis Belia Sabah, Petronas dan bermacam lagi.     Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Pameran Kelab, Cabutan Bertuah, Sukaneka dan Taklimat... read more

Shooting Video Usahawan bersama Usahawan terpilih sempena Majlis Pelancaran Smart Komuniti 2.0

12 March 2018 | Berita Terkini

  Pada 10 March 2018, PI1M Perpustakaan terlibat menjayakan Pengambaran Video sempena Majlis Pelancaran Smart Komuniti 2.0 pada 17 Mac 2018. Pengambaran ini dijalankan di beberapa rumah Usahawan Terpilih di Kota Belud.     Rumah Usahawan yang dipilih terdiri daripada Usahawan PI1M Perpustakaan dan PI1M Kg Rampayan Laut. Pengambaran ini dijalankan dirumah Puan Norkiah Wan yang terletak di Kg Sembiarai iaitu pengusaha makanan seperti Nasi Lemak, Kuih – Muih berasaskan Pandan. Seterusnya Pengambaran diteruskan di Rumah Puan Anis Nadia yang terletak di Kg Kulambai, Puan Anis merupakan seorang usahawan yang mengusahakan minuman dan jeruk... read more

lagi berita & aktiviti