Berita Terkini

PROGRAM 3D HOLOGRAM DAN KDB

20 October 2017 | Berita Terkini

14/10/2017: Program 3D Hologram Dan KDB telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Bintong bersama pelajar tahun 4, 5 dan 6 sekitar kawasan Bintong. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat mempelajari ilmu baru dengan merujuk tutorial di dalam youtube.                                         Gambar 1.0 Bahan-bahan penyediaan projektor mini hologram   Pelajar diajar menyediakan projektor mini hologram menggunakan cd case, pisau/gunting, salotape, papan pemotong dan pembaris. Kemudian pelajar perlu memuat turun aplikasi 3d hologram menggunakan telefon... read more

BOOTH KDB HARI KANTIN SK DATO' WAN AHMAD KANGAR

13 October 2017 | Berita Terkini

05/10/2017 ( Khamis ), Pi1M PPR Bintong bersama Pi1M PPR Seri Sena dan Pi1M Beseri telah bersama-sama menjayakan Hari Kantin di SK Dato' Wan Ahmad. Program ini telah mendapat kerjasama penuh dari pihak sekolah tersebut. Pusat Internet 1 Malaysia telah dijemput bersama-sama dengan membuka booth bersama pelbagai aktiviti menarik untuk para pelajar disamping bagi merapatkan lagi jurang antara pelajar sekolah dengan Pusat Internet 1 Malaysia dan memberi kesedaran KDB dan ICT kepada pelajar di sekolah berkenaan.                              ... read more

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM SKILL TO SOCIETY

06 October 2017 | Berita Terkini

06/10/2017, Jumaat: Majlis Penutupan Program Skill To Society telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kg. Wang Ulu, Bintong, Perlis. Program ini bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.                                   Gambar 1.0  Majlis Penutupan Program Skill To Society Majlis ini dirasmikan oleh YB. Ir. Shaharuddin Bin Ismail selaku Ahli Parlimen Kangar. Majlis ini bertujuan untuk meraikan peserta Program "Skill To Society" yang berjaya menamatkan latihan yang telah disertai oleh penduduk Kg. Wang Ulu, Bintong anjuran Giatmara... read more

KURSUS USAHAWAN ONLINE

05 October 2017 | Berita Terkini

     01/10/2017-02/10/2017: Pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kluster Perlis telah berkerjasama dengan Giatmara Kangar, Perlis untuk menjayakan program Kursus Usahawan Online ini.  Kursus ini diadakan di Pi1M PPR Bintong bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang selama 2 hari. Kursus ini mengfokuskan kepada kaedah pemasaran produk atas talian (online). Seramai 9 orang usahawan sekitar negeri Perlis terlibat dalam kursus tersebut. Mereka terdiri daripada usahawan pelbagai produk yang mana mereka telah mengikuti Program Skill To Society selama 2 bulan dalam bidang kemahiran jahitan tudung, telekung, jubah dan baju melayu. Program ini dibahagikan... read more

MAJLIS HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA FELDA MATA AIR

29 September 2017 | Berita Terkini

27/09/2017, Ahad : Berlangsungnya program hari terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Felda Mata Air dan telah mendapat sambutan menggalakkan daripada komuniti setempat. Pada kali ini pihak PI1M telah menjemput Encik Badrol selaku pengurus rancangan Felda Mata Air untuk merasmikan program hari terbuka kali ini .                                    Gambar 1.0 Majlis dirasmikan oleh Pengurus Rancangan Felda MAta Air Antara aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka rakyat dan permainan berasaskan ICT serta kempen Klik Dengan Bijak . Untuk edisi 2017 ini pihak PI1M telah... read more

PROGRAM ADVOKASI @ SK FELDA RIMBA MAS

28 September 2017 | Berita Terkini

27/09/2017, Rabu : Pi1M Felda Rimba Mas dengan kerjasama kluster Perlis Utara termasuk Pi1m PPR Bintong telah menganjurkan program  ADVOKASI & KDB di Sekolah Kebangsaan Felda Rimba Mas. Program ini telah mendapat  kerjasama penuh dari pihak sekolah tersebut. Program ini dijalankan bagi merapatkan lagi jurang antara pelajar sekolah dengan PI1M Felda Rimba Mas di samping memberi kesedaran KDB dan ICT kepada pelajar di sekolah berkenaan.                                                        ... read more

JEJAK USAHAWAN 011 : ASMIDAR SOFINA BINTI AMIR SALIM

23 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

NAMA PERNIAGAAN KUIH SIPUT OHSEM NAMA PENGUSAHA ASMIDAR SOFINA BINTI AMIR SALIM WAKTU OPERASI SEPANJANG MASA ALAMAT/LOKASI OPERASI NO. 28, JALAN 5, TAMAN AMAN FASA 3,  01000 KANGAR, PERLIS NO DAFTAR NIAGA RA0041349-M UMUR 42 TAHUN STATUS BERKAHWIN TEMPAT TINGGAL NO. 28, JALAN 5, TAMAN AMAN FASA 3,  01000 KANGAR, PERLIS FACEBOOK https://www.facebook.com/KuihSiput_Ohsem-232499893794521/                                                            Jadual 1.0 Maklumat Usahawan Kuih Siput merupakan kuih tradisional yang tidak asing lagi buat masyarakat Melayu. Dari zaman nenek dan ibu kita lagi kuih ini sudah terkenal... read more

KDB BOOTH @ PROGRAM SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN TAHUN 2017 PERINGKAT PARLIMEN KANGAR

23 September 2017 | Berita Terkini

16/09/2017, Sabtu- Pusat Internet 1 Malaysia PPR Bintong dengan kerjasama Kluster Perlis Utara yang melibatkan 2 lagi Pusat Internet telah terlibat dalam  Program Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2017 Peringkat Parlimen Kangar anjuran  Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Negeri Perlis. Terdapat pelbagai booth agensi kerajaan/NGO yang lain turut serta dalam program ini. Majlis ini dirasmikan oleh YB Puan Hajah Rela binti Ahmad, Ahli Mesyuarat Majlis Kerajaan  Negeri Perlis.                                                ... read more

MAJLIS PERASMIAN PI1M PPR SERI SENA DAN PI1M PPR BINTONG

15 September 2017 | Berita Terkini

09/09/2017, Sabtu : Pusat Internet 1 Malaysia yang melibatkan 2 buah Pusat Internet 1 Malaysia di sekitar Kangar iaitu Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Sena dan Pusat Internet 1 Malaysia PPR Bintong telah melancarkan Majlis Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia yang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Sena. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB. Ir. Shaharuddin Bin Ismail selaku Ahli Parlimen Kangar. Turut diiringi bersama ialah wakil dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Encik Muhammad Hafiz Bin Hasan dan wakil daripada pihak Celcom, Encik Hairil Bin Hasan.... read more

PROGRAM ‘SEMARAK MERDEKA’

29 August 2017 | Berita Terkini

06, 12, 20 dan 26/08/2017: Program ‘Semarak Merdeka’ telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Bintong, dan komuniti setempat Bintong, Perlis. Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pengunjung bersemperna dengan Sambutan Hari Kemerdekaan yang bakal tiba. Program ini telah berlangsung berlangsung selama 4 hari.                                                                  Gambar 1.0 Poster Program Semarak Merdeka   Empat pengisian utama program ini ialah Paint:... read more