KURSUS ASAS MICROSOFT WORD 2013

18 December 2016 |

KURSUS ASAS MICROSOFT WORD 2013

18/12/2016, Ahad: Program Kursus Asas Microsoft Word 2013 telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Seri Sena, Perlis. Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) Negeri Perlis, Pusat Internet 1 Malaysia Seri Sena, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Bintong, dan komuniti setempat PPR Seri Sena, Perlis.

Seramai 10 orang peserta sekitar umur 15 hingga 40 tahun terlibat dalam menjayakan program ini. Pihak yang terlibat dari GPMS ialah Encik Aisham Yaakob, Encik Nur Rizuan Muktar dan Encik Syakir Radzuan. Tujuan program ini diadakan untuk menambah pengetahuan penggunaan aplikasi Microsoft Word dengan lebih tepat disamping mengeratkan lagi hubungan antara Pusat Internet 1 Malaysia dengan GPMS serta komuniti setempat.

Kandungan program ini, peserta diajar cara menetapkan format muka surat, manipulasi teks, mengformat teks dan perenggan, bullet dan numbering, column, drop cap, jadual, memasukkan grafik dan objek, graf, shape, carta serta smartart.