PROGRAM 'BACK TO SCHOOL'

28 December 2016 |

27/12/2016, Selasa: Program ‘Back To School’ telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Bintong, Perlis. Program ini merupakan program kerjasama antara Pi1M PPR Bintong, Pi1M PPR Seri Sena dengan Perpustakaan Desa Wang Ulu dan Perpustakaan Desa Telok Jambu bersama komuniti setempat PPR Bintong, Perlis.

Seramai  19 orang peserta sekitar umur 7 hingga 12 tahun terlibat dalam menjayakan program ini. Program ‘Back To School’ diadakan bertujuan mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia PPR Bintong kepada orang ramai. Selain itu, ia merupakan salah satu cara memupuk kembali semangat pelajar untuk memulakan persekolahan kelak.

Kandungan program ini, peserta diajar menggunakan aplikasi Microsoft Power Point untuk membentangkan slide bertemakan ‘Pengalaman Saya Sepanjang Cuti Persekolahan Ini’. Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dimana setiap kumpulan mengandungi 5 orang peserta. Setiap peserta perlu memberikan keterlibatan dimana mereka perlu membuat slide dan membentangkan slide tersebut.