Berita Terkini

PROGRAM CELIK ICT BERSAMA PELAJAR TADIKA KEMAS

06 March 2017 | Berita Terkini

Program Celik ICT bersama pelajar Tadika Kemas telah diadakan di Tadika Kemas PPR Seberang Terus, Alor Setar. Program ini merupakan salah satu dari aktiviti siri jelajah tadika di kawasan sekitar Alor Setar. Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama KEMAS telah mengambil inisiatif ini bagi mendedahkan kepada para pelajar mengenai kegunaan ICT pada peringkat awal. Program ini juga merupakan anjuran bersama Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seberang Teus, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Mergong, Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala dan Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Kedah. Objektif program ini... read more

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SK TAMAN UDA, ALOR SETAR.

04 March 2017 | Berita Terkini

Pada 4 MAC 2017 (Sabtu), bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Uda, satu program advokasi tentang kesedaran penggunaan internet secara bijak dalam kalangan masyarakat telah diadakan kepada pelajar sekolah dan ibu bapa yang hadir. Program ini dijalankan bersempena dengan Program Sepakat Komuniti 1Malaysia oleh Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Kedah. Pusat Internet 1Malaysia Kluster Alor Setar yang terdiri daripada PI1M Seberang Terus, PI1M Mergong, PI1M Simpang Kuala dan PI1M Kuala Kedah telah dijemput bagi memberi penerangan mengenai ‘Klik Dengan Bijak’. Program ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat serta pengetahuan penggunaan internet yang kian menjadi... read more

PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA KOMUNITI PPR SEBERANG TERUS

28 February 2017 | Berita Terkini

Program ini diadakan pada 25 februari 2017, bertujuan untuk memupuk aktiviti yang menyihatkan badan pada setiap ahli komuniti. Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Program ini juga dijayakan oleh kerjasama Flat PPR Seberang Terus, Pusat Internet Seberang Terus dan Pusat Internet Mergong. Program ini dimulakan dengan aktiviti zumba dan diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah. Di samping aktiviti riadah yang dijalankan, pemeriksaan darah juga turut disertakan. Diharap segala aktiviti yang dijalankan dapat memupuk semangat aktiviti sihat pada komuniti. ... read more

PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER (TEMA BEBAS)

10 February 2017 | Berita Terkini

Satu pertandingan poster telah diadakan pada 10 Februari 2017 bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Mergong. Pertandingan ini telah disertai oleh tiga belas orang pelajar. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mengasah bakat para pelajar untuk menggunakan Microsoft Publisher. Selain itu, tujuan program ini diadakan untuk memberi pendedahan awal untuk mencipta poster. Poster yang telah dicipta adalah bertemakan bebas mengikut kreativiti para pelajar. Hadiah disediakan kepada pemenang tempat pertama hingga tempat ketiga. Para peserta yang tidak memenangi juga mendapat hadiah saguhati. ... read more

Sudut Usahawan

08 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

 Cik Norwiyatul Amylia Bt Mohd Kamal memulakan perniagaan beliau sekitar tahun 2014. Beliau lebih menumpukan perniagaan kepada perlancongan secara berkumpulan. Kumpulan sasaran beliau adalah pelajar-pelajar sekolah yang ingin menjalankan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat menarik di Malaysia. Perniagaan yang diusahakan oleh ahli keluarga beliau telah dikembangkan oleh beliau sendiri. Pada masa sekarang, beliau masih lagi menjalani kelas usahawan yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia Mergong untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Bagi sesiapa yang berminat untuk melancong ke mana-mana tempat menarik, anda boleh menghubungi beliau. Nama : Norwiyatul Amylia Bt Mohd... read more

Mesyuarat KRT Flat Taman Seri Gemilang dan Program Klik Dengan Bijak

20 January 2017 | Berita Terkini

Satu mesyuarat jawatankuasa KRT Flat Taman Seri Gemilang telah diadakan di Dewan Flat Taman Seri Gemilang. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan tentang ahli jawatankuasa serta menyelesaikan beberapa perkara berkaintan dengan keselamatan di Flat Taman Seri Gemilang. Di samping itu, wakil dari Pusat Internet 1 Malaysia Mergong mengambil kesempatan untuk menyampaikan sedikit perkongsian tentang internet. Maklumat yang disampaikan adalah seperti kebaikan dan keburukan penggunaan internet. ... read more

Program Ziarah Kasih

13 January 2017 | Berita Terkini

Program ZIarah Kasih telah diadakan di Flat Taman Seri Gemilang pada 13 Januari 2016. Program ini dianjurkan oleh Wanita UMNO bahagian Kota Setar bersama Pusat Internet 1 Malaysia Mergong. Program ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada keluarga yang kurang berkemampuan serta penduduk yang mempunyai masalah kesihatan. Antara bentuk sumbangan yang diberikan adalah kerusi roda untuk pesakit, beras, susu dan barangan dapur. Diharapkan program seperti ini dapat meringankan beban penduduk Flat Taman Seri Gemilang yang kurang berkemampuan. ... read more

TAYANGAN VIDEO PERDANA DAN PROGRAM KDB

16 December 2016 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Mergong telah mengadakan Program Tayangan Video Perdana dan Program KDB pada 16 Disember 2016 bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Mergong. Tayangan video ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa terluang pelajar pada cuti sekolah. Tayangan video ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar. Selain dari tayangan video, pelajar juga didedahkan tentang Klik Dengan Bijak dengan ditayangkan video pendek tentang penggunaan internet yang betul. Para pelajar diharapkan mendapat manfaat dari program KDB ini.  ... read more

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERSAMA PENDUDUK FLAT TAMAN SERI GEMILANG, MERGONG

15 December 2016 | Berita Terkini

Satu majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Flat Taman Seri Gemilang pada 15 Disember 2016. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menceritakan sirah tentang Nabi Muhamad SAW. Program ini dianjurkan oleh Surau Al-Hijrah bersama KRT Flat Taman Seri Gemilang. Majlis ini bermula pada pukul 8 malam. Majlis ini juga telah menjemput Ustaz Azizi untuk menyampaikan ceramah tentang Maulidur Rasul.   ... read more

MAJLIS BACAAN YASIN BERSAMA PENDUDUK FLAT SERI GEMILANG, MERGONG.

29 November 2016 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Mergong bersama penduduk Flat Seri Gemilang, Mergong telah mengadakan majlis bacaan yasin bersama penduduk sekitar. Majlis ini diadakan pada 25 November 2016 bertempat di surau Flat Seri Gemilang. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara penduduk serta memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada penduduk sekitar. Selesai majlis bacaan yasin, penduduk diberikan sedikit taklimat tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia. Penduduk juga diberikan taklimat tentang klik dengan bijak. ... read more