PROGRAM CELIK ICT BERSAMA PELAJAR TADIKA KEMAS SIRI 2- TADIKA KEMAS MERGONG JAYA FASA 1, 2 DAN 3

19 June 2017 | Berita Terkini

 

Program Celik ICT bersama pelajar Tadika Kemas telah diadakan di Tadika Kemas Mergong Jaya Fasa 1, 2 dan 3, Alor Setar. Program ini merupakan salah satu dari aktiviti siri jelajah tadika di kawasan sekitar Alor Setar. Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama KEMAS telah mengambil inisiatif ini bagi mendedahkan kepada para pelajar mengenai kegunaan ICT pada peringkat awal dan menyampaikan ceramah Klik Dengan Bijak (KDB).

 Program ini juga merupakan anjuran bersama Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seberang Teus, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Mergong, Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala dan Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Kedah. Objektif program ini secara amnya untuk mempromosi Pusat Internet 1 Malaysia kepada guru dan pelajar Tadika Kemas PPR Seberang Terus. Program Celik ICT ini adalah usaha Pusat Internet 1 Malaysia bagi memberi info dan pengetahuan mengenai komputer dan ICT seterusnya membentuk komuniti celik ICT.

Program ini dijalankan selama 2 hari, ini kerana pelajar tadika kemas seramai 55 orang telah dipecahkan kepada 2 kumpulan oleh guru tadika tersebut untuk memudahkan pembelajaran ict yang akan disampaikan oleh pihak Pi1M. Pada hari pertama disetai oleh pelajar berumur 6 tahun manakala untuk hari kedua disertai oleh pelajar berumur 4 tahun dan 5 tahun.

 

 

 

 

Program ini dimulakan dengan aktiviti suai kenal dan beramah mesra bersama pelajar tadika. Mereka kemudian diperkenalkan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia. Pelajar diberi penerangan mengenai komponen komputer beserta fungsi setiap komponen.

Setiap pelajar juga diberi peluang untuk menggunakan netbook 1 Malaysia yang disediakan untuk program ini. Pelajar seterusnya diajar menaip menggunakan software Microsoft Word bagi tujuan membiasakan pelajar dengan penggunaan netbook. Mereka turut diperkenalkan dan diajar menggunakan aplikasi MS Paint untuk menghasilkan bentuk dan mewarna.

Program Celik ICT ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pelajar dan guru yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. Program ini mendapat permintaan dan perhatian dari pihak KEMAS dan diharapkan program ini dapat memberi manfaat serta ilmu pengetahuan kepada para pelajar dan guru.