PROGRAM JELAJAH ICT DAN KDB BERSAMA TABIKA KEMAS BATU 2 KG PADANG

09 August 2017 | Berita Terkini

9 Ogos 2017 (Rabu), satu siri jelajah Program Celik ICT Bersama Pelajar Tabika KEMAS telah diadakan di Tabika KEMAS Batu 2 Kampung Padang, Alor Setar. Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama KEMAS mengambil peluang ini bagi mendedahkan kepada para pelajar mengenai kegunaan ICT pada peringkat awal. Program ini juga merupakan anjuran bersama Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seberang Teus, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Mergong, Pusat Internet 1 Malaysia RP Simpang Kuala dan Pusat Internet 1 Malaysia Kuala Kedah. Objektif program ini adalah untuk mempromosi Pusat Internet 1 Malaysia kepada guru dan pelajar Tabika KEMAS. Program Celik ICT ini merupakan usaha Pusat Internet 1 Malaysia bagi memberi maklumat mengenai komputer dan ICT seterusnya membentuk komuniti celik ICT.

Program ini dimulakan dengan aktiviti suai kenal dan beramah mesra bersama pelajar tabika. Mereka kemudian diperkenalkan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia. Di samping itu juga, pelajar dan guru turut diterangkan mengenai Klik Dengan Bijak (KDB) iaitu panduan keselamatan ketika melayari internet terutamanya kepada kanak-kanak. Seterusnya, pelajar diberi penerangan mengenai komponen komputer beserta fungsi setiap komponen. Setiap pelajar juga diberi peluang untuk menggunakan Netbook 1 Malaysia yang disediakan untuk program ini. Pelajar diajar menaip menggunakan software Microsoft Word bagi tujuan membiasakan pelajar dengan penggunaan netbook. Mereka turut diperkenalkan dan diajar menggunakan aplikasi Ms Paint untuk menghasilkan bentuk dan mewarna.

Program Celik ICT ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pelajar dan guru yang terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat serta ilmu pengetahuan kepada para pelajar dan guru.