PROGRAM KDB BERSAMA MYDIN HYPERMARKET, TAMAN BATIK.

17 September 2017 | Berita Terkini

Pada 16 September 2017 (Sabtu) bertempat di Mydin Taman Batik, Sungai Petani, satu program advokasi telah diadakan bersempena menyambut Hari Malaysia 2017. Program KDB bersama MYDIN HYPERMARKET ini merupakan anjuran PI1M PPR Payu Nahu dengan kerjasama Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) negeri Kedah. Antara PI1M yang terlibat sama dalam program ini adalah PI1M Kelang Lama, PI1M PPR Seberang Terus, PI1M PPR Mergong, PI1M Kuala Kedah dan PI1M RP Simpang Kuala. Program yang berlangsung meriah ini disertai oleh penduduk sekitar Sungai Petani. Objektif utama Program KDB ini adalah untuk menyampaikan maklumat berkaitan etika penggunaan internet yang betul selain memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada umum. Pihak PI1M turut menjalankan promosi serta menerangkan antara perkhidmatan serta kemudahan yang terdapat di Pusat Internet 1 Malaysia.

Sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik disediakan khas untuk pengunjung yang hadir antaranya, Word Search KDB, Build Me Up, Dam Klik Dengan Bijak, Roda Impian dan Cabutan bertuah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mendapat sambutan yang hebat dari pengunjung dari pelbagai bangsa dan agama. Pengunjung yang hadir diberi penerangan yang padat mengenai Klik Dengan Bijak, isu semasa mengenai salah laku penggunaan internet atau media sosial dan turut berkongsi tips bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah siber. Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para peserta dan penghargaan kepada pihak Mydin Taman Batik kerana sudi berkerjasama dengan Pusat Internet 1 Malaysia menganjurkan program sebegini. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Program KDB bersama Mydin Hypermarket, Taman Batik.