MAJLIS BACAAN YASIN BERSAMA PENDUDUK FLAT SERI GEMILANG, MERGONG.

29 November 2016 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Mergong bersama penduduk Flat Seri Gemilang, Mergong telah mengadakan majlis bacaan yasin bersama penduduk sekitar. Majlis ini diadakan pada 25 November 2016 bertempat di surau Flat Seri Gemilang. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara penduduk serta memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada penduduk sekitar. Selesai majlis bacaan yasin, penduduk diberikan sedikit taklimat tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet 1 Malaysia. Penduduk juga diberikan taklimat tentang klik dengan bijak.