MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BERSAMA PENDUDUK FLAT TAMAN SERI GEMILANG, MERGONG

15 December 2016 | Berita Terkini

Satu majlis Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di Flat Taman Seri Gemilang pada 15 Disember 2016. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menceritakan sirah tentang Nabi Muhamad SAW. Program ini dianjurkan oleh Surau Al-Hijrah bersama KRT Flat Taman Seri Gemilang. Majlis ini bermula pada pukul 8 malam. Majlis ini juga telah menjemput Ustaz Azizi untuk menyampaikan ceramah tentang Maulidur Rasul.