Mengenai PI1M

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Pusat Internet 1 Malaysia Mergong terletak berdekatan kawasan perindustrian Mergong. Di sini juga terdapat beberapa taman perumahan dan flat seperti Taman Bandar Baru Mergong dan Flat Taman Seri Gemilang. Terdapat pelbagai kemudahan di kawasan ini seperti pusat membeli belah, taman perumahan, kedai-kedai runcit, klinik 1 Malaysia dan juga sekolah.