PROGRAM “ BACAAN YASSIN DAN KDB BERSAMA PENDUDUK PPR PAYA NAHU”

25 October 2016 | Berita Terkini

Pada 11 Oktober 2016, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Paya Nahu telah menganjurkan satu program bersama Komuniti setempat. Program tersebut ialah Majlis Bacaan Yassin anjuran Pusat Internet 1 Malaysia PPR Paya Nahu, Langkawi dengan kerjasama daripada Komuniti PPR Paya Nahu

Seramai lebih kurang 10 orang yang menghadiri Majlis tersebut yang diketuai oleh tuan Hassan selaku AJK Surau PPR Paya Nahu. Majlis berlangsung di dalam Pusat Internet . Majlis bermula jam 2 petang dan tamat kira-kira 3 petang. Majlis yang dianjurkan sempena Pusat Internet ini baru dibuka kepada orang ramai agar mendapat keberkatan dan dipermudahkan segala urusan.

Dalam pada masa yang sama juga, Pengurus PI1M turut menerangkan kegunaan Pusat Internet kepada umum dengan melihat sendiri fasiliti yang ada .