PROGRAM “ PERTANDINGAN MEWARNA DALAM TALIAN DAN KDB” BERSAMA AHLI Pi1M

25 October 2016 | Berita Terkini

18 Oktober 2016, satu program Pertandingan Mewarna untuk Ahli Pusat Internet 1 Malaysia PPR Paya Nahu yang aktif ke Pi1M diadakan bagi menghargai sokongan mereka. Pertandingan ini dianjurkan bertujuan menarik minat mereka untuk lebih gemar ke Pi1M berbanding Pusat Internet yang lain.

Pertandingan mewarna ini hanya diadakan dalam talian. Pertandingan ini memberi fokus kepada peserta supaya dapat menghasilkan gambar yang sama seperti yang dipilih oleh pihak pengurusan. Hadiah turut disediakan kepada pemenang yang bertuah dan disampaikan setelah sesi pertandingan tamat.

Diharap dengan adanya program sebegini, memupuk semangat mereka berkawan di samping menghargai perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan.