KURSUS USAHAWAN BERSAMA KEMAS KUALA MUDA DAN KDB

02 November 2016 | Berita Terkini

1 November 2016 – Pusat Internet 1 Malaysia PPR Paya Nahu serta Pusat Internet 1 Malaysia RP Kelang Lama telah  bekerjasama dengan KEMAS dalam menjalankan satu program Kursus Usahawan bertempat di KISMEC Sg. Petani. Seramai 30 Orang usahawan wanita telah turut serta dalam program ini. Taklimat program dimulakan dengan pengenalan mengenai Pusat Internet 1 Malaysia serta Klik dengan Bijak. Program bermula jam 9 Pagi hingga jam 4 Petang. Penceramah di jemput khas dari Bangi dalam memberi ilmu tentang keusahawanan. Semoga ilmu yang telah dikongsi dalam program ini dapat memberi cetusan idea kepada para usahawan.

 

Disediakan Oleh

Noranisa Mohamad