TAKLIMAT DAN PERLANTIKAN AHLI JAWATAN KUASA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA DAN KDB

14 November 2016 | Berita Terkini

5 NOVEMBER 2016 – Baru-baru ini Pusat Internet 1 Malaysia PPR Paya Nahu telah mengadakan Taklimat dan Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa serta program Advokasi ‘Klik Dengan Bijak bersama perwakilan penduduk PPR Paya Nahu. Turut hadir dalam program ini adalah wakil dari Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK) serta Pegawai Perpaduan PPR Paya Nahu. Seramai lebij kurang 20 Orang penduduk PPR Paya Nahu turut hadir dalam program ini. Program ini berlangsung pada jam 10 Pagi hingga 12 Tengah hari. Penerangan mengenai Pusat Internet 1 malaysia telah diberikan kepada mereka. Perlantikan Ahli Jawatan Kuasa juga turut diadakan supaya setiap aktiviti dapat direncana dengan lebih mudah. Program Advokasi “Klik Dengan Bijak” turut diberikan kepada mereka agar dapat lebih memahami mengenai cara untuk menggunakan internet dengan betul. Semoga Pusat Internet 1 Malaysia ini dapat diterima secara merluas dan setiap kemudahan digunakan pada cara yang betul dan memberi impak yang positif dalam hidup dikalangan masyarakat sekitar.

 

Disediakan oleh

Noranisa Binti Mohamad