Profil Usahawan Tempatan : Ddamiahome

19 December 2016 | Kisah Kejayaan

Profil Usahawan Tempatan  (DISEMBER 2016)

Nama : Noranisa Binti Mohamad

Umur : 30 Tahun

Jantina : Perempuan

Facebook : https://www.facebook.com/Ddamiahome

Pekerjaan : Usahawan aksesori D.I.Y

Alamat : no 343 taman batik, sg petani

                                                                          

 

Noranisa Binti Mohamad anak kelahiran perlis namun kini telah bermastautin di Sg Petani. Beliau merupakan salah seorang usahawan di sekitar  Sg Petani. Beliau merupakan usahawan separuh masa.  Beliau juga merupakan salah seorang pengurus di PI1M PPR Paya Nahu  Beliau menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan . Beliau memberi perkhidmatan dalam menbuat headband untuk wanita,kanak-kanak dan juga bayi. Perkhidmatan untuk menjahit manik pada tudung dan juga baju turut diadakan. Beliau jiga turut membuat perniagaan pakaian wanita serta pewangi bagi wanita. Perkhidmatan dalam mereka kad nama, poster, pembungkusan produk, labelling produk juga turut ada. Perniagaan beliau dijalankan secara sepenuhnya di dalam talian. Beliau banyak menggunakan rangkaian Facebook sebagai tapak untuk membuat promosi. Perniagaan beliau telah bermula pada tahun 2012. Kini nama Ddamiahome telah menjadi buah mulut rakyat sg petani, peneng dan kawasan sekitar.