Mengenai PI1M

Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) PPR PAYA NAHU mula dibuka kepada komuniti pada 26 SEPTEMBER 2016. Pi1M adalah antara projek yang terawal di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini telah membawa impak sosial dan juga ekonomi kepada masyarakat PPR Paya Nahu dan sekitar.


Pusat ini dilengkapi dengan 20 komputer meja yang serba canggih beserta dengan capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, dengan adanya kemudahan ini diharapkan agar lebih ramai masyarakat di kawasan ini celik ICT di samping dapat menyeimbangkan penggunaan kemudahan internet di kawasan bandar dan luar Bandar. Pi1M juga menawarkan peluang-peluang latihan berkaitan ICT yang dikendalikan oleh Puan Noranisa Binti Mohamad selaku pengurus Pi1M PPR PAYA NAHU dan di bantu oleh Encik Muhamad Syafiq Bin Mansor selaku penolong pengurus.

 

Melalui penubuhan Pi1M, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

 

Objektif PI1M

  • Menyediakan capaian komunikasi secara kolektif
  • Menggalakkan penggunaan ICT dikalangan masyarakat
  • Meningkat taraf sosio ekonomi dan pembangunan insan
  • Merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan

 

Prinsip Pelaksanaan PI1M

1. Kerjasama dengan Kerajaan Negeri

  • Menyediakan premis yang sesuai

2. Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi

3. Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik 

4. Beroperasi 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari

5. Daftar sebagai Ahli Pi1M

  • Pendaftaran RM5.00
  • Kad Ahli
  • Tidak aktif 12 bulan, keahlian dibatalkan
  • Pengaktifan semula – RM3.00
Page ini masih baru. Sila kemaskini terlebih dahulu