Berita & Aktiviti Terkini

Pertandingan Origami Kreatif

24 March 2018 | Berita Terkini

TAJUK PROGRAM : Pertandingan Origami Kreatif HARI & TARIKH : Sabtu / 24.03.2018 WAKTU :  2.00 petang - 6.00 petang TEMPAT PESERTA : PI1M PPR Salak Selatan : 10 orang   TUJUAN Pertandingan ini dapat mengisi masa lapang dan peserta boleh menunjukkan kelebihan kreatif masing-masing dengan menghasilkan pelbagai origami yang berinovasikan idea dari haiwan, kotak, kapal terbang dan banyak lagi. Aktiviti ini dapat menjadikan persekitaran yang lebih sihat dan bersih. Dengan adanya program seperti ini, peserta akan lebih fokus dan juga mengeratkan hubungan silaturrahim di samping membudayakan penggunaan internet secara positif dengan KDB. Tujuan penerapan KDB dalam aktiviti kali ini adalah untuk... read more

Hari Terbuka PI1M PPR Salak Selatan 2018

17 March 2018 | Berita Terkini

TAJUK PROGRAM : Sambutan Hari Terbuka PI1M PPR Salak Selatan 2018 HARI & TARIKH : Sabtu / 24.03.2018 WAKTU :  9.00 pagi - 6.00 petang TEMPAT PESERTA : PI1M PPR Salak Selatan : 30 orang   TUJUAN Program ini diadakan bagi tujuan mengeratkan lagi silatulrahim antara pengurusan Pi1M bersama Penduduk sekitar PPR Salak Selatan dan secara langsung memperkenalkan lagi PI1M untuk lebih dekat kepada para peserta yang datang. Dalam program ini juga akan diselitkan dengan program “Klik Dengan Bijak”. Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia... read more

Profil Usahawan : Encik Mohd Anuni bin Sudin

28 March 2018 | Profil Usahawan Tempatan

USAHAWAN TEMPATAN PEMILIK KEDAI MAKAN NASI LEMAK SAMBAL KAMPUNG Encik Mohd Anuni bin Sudin merupakan salah seorang usahawan tempatan yang berjaya. Beliau yang berumur 60 tahun merupakan pemilik kedai Nasi Lemak Sambal Kampung yang terletak di berhampiran Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur. Kedai makan miliknya menyediakan pelbagai lauk pauk untuk sarapan pagi dan makan tengahari yang beroperasi seawal 8 pagi hingga 2 petang. Beliau mempunyai beberapa pekerja yang membantu melancarkan perniagaanya. Namun begitu, Encik Mohd Anuni atau lebih mesra dikenali sebagai abah selesa membancuh sendiri minuman pelanggan-pelanggannya.   Beliau berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan... read more

Pertandingan Mewarna Sempena Tahun Baru Cina

20 February 2018 | Berita Terkini

  TAJUK PROGRAM : Pertandingan Mewarna Sempena Tahun Baru Cina HARI & TARIKH : Selasa / 20.02.2018 WAKTU :  2.00 petang - 6.00 petang TEMPAT PESERTA : PI1M PPR Salak Selatan : 12 orang   TUJUAN Program ini dapat mengisi masa lapang dan peserta boleh menunjukkan kelebihan kreatif masing-masing dengan. Peserta mempelajari seni kreatif untuk mewarna poster sempena Tahun Baru Cina yang penuh meriah. Minat peserta pada aktiviti seperti seni dinilai dengan kekerapan mereka memfokus dan mengambil peluang berfikir, mengasah serta merangsang minat masing-masing. Program ini juga untuk mengisi masa lapang dengan program berfaedah. Dengan adanya program seperti ini, peserta akan dapat mengeratkan hubungan... read more

Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Kreatif

08 February 2018 | Berita Terkini

LAPORAN PROGRAM   TAJUK PROGRAM : Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Kreatif HARI & TARIKH : Thursday / 08.02.2018 WAKTU :  2.00 petang - 6.00 petang TEMPAT PESERTA : PI1M PPR Salak Selatan : 14 orang   TUJUAN Pertandingan ini dapat mengisi masa lapang dan peserta boleh menunjukkan kelebihan kreatif masing-masing dengan menghasilkan produk berupa kad yang berinovasikan idea baru. Aktiviti ini dapat menjadikan persekitaran yang lebih sihat dan bersih. Dengan adanya program seperti ini, peserta akan lebih fokus dan juga mengeratkan hubungan silaturrahim di samping membudayakan penggunaan internet secara positif dengan KDB. Tujuan penerapan KDB dalam aktiviti kali ini adalah untuk mewujudkan rasa tanggungjawab... read more

Profil Usahawan : Puan Shazatul Anira binti Mohd Anuni

06 February 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Shazatul Anira binti Mohd Anuni,  atau lebih mesra dipanggil sebagai Shazatul berumur 31tahun adalah merupakan ahli Pusat Internet 1 Malaysia PPR Salak Selatan yang berdaftar pada awal 2018. Beliau merupakan seorang ibu kepada 3 orang anak. Beliau tinggal di Jalan Salak, Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur.   Puan Shazatul memang berminat dengan bidang masakan. Beliau mula belajar memasak kuih-kuih Melayu apabila kerap menerima tempahan beberapa jenis kuih untuk dihantar ke surau bagi jemaah yang hadir. Seterusnya, beliau mendapat gerai jualan di pasar Ramadan pada 2012. Beliau mula menjual kuih-muih Melayu tradisional,... read more

Program Kraftangan Mini PI1M Salak Selatan

25 January 2018 | Berita Terkini

TAJUK PROGRAM : Program Kraftangan Mini PI1M Salak Selatan HARI & TARIKH : Khamis / 25.01.2018 WAKTU :  2.00 petang - 6.00 petang TEMPAT PESERTA : PI1M PPR Salak Selatan : 7 orang   TUJUAN Program ini dapat mengisi masa lapang dan peserta boleh menunjukkan kelebihan kreatif masing-masing dengan menghasilkan produk berinovasikan idea baru walaupun dari bahan terpakai. Aktiviti ini dapat menjadikan persekitaran yang lebih sihat dan bersih. Minat peserta pada aktiviti seperti seni dinilai dengan kekerapan mereka memfokus dan mengambil peluang membentuk, mengasah serta merangsang minat masing-masing.   Program ini juga untuk mengisi masa lapang dengan program berfaedah. Dengan adanya program seperti ini,... read more

Profil Usahawan : Puan Jamilah Binti Adam

24 January 2018 | Profil Usahawan Tempatan

USAHAWAN TEMPATAN PENIAGA LAUK- PAUK DAN KUIH- MUIH Puan Jamilah Binti Adam atau lebih mesra dipanggil sebagai Makcik Milah berumur 60 tahun adalah merupakan ahli Pusat Internet 1 Malaysia PPR Salak Selatan yang berdaftar pada awal 2018. Beliau merupakan seorang ibu kepada 6 orang anak. Beliau tinggal di Jalan Salak, Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur. Makcik Milah merupakan salah seorang wanita yang bersemangat kental dalam mengharungi dugaan hidup. Beliau merupakan seorang wanita yang mempunyai kemahiran memasak pelbagai jenis makanan untuk pelbagai majlis. Pada tahun 1976, beliau mengikuti kelas dewasa (KEMAS) dan lawatan sambil... read more

Cabaran Januari 2018 - Pertandingan Menaip Bersama KDB

23 January 2018 | Berita Terkini

LAPORAN PROGRAM   TAJUK PROGRAM : Pertandingan Pantas Menaip Bersama KDB HARI & TARIKH : Tuesday / 23.01.2018 WAKTU :  2.00 petang - 6.00 petang TEMPAT PESERTA : PI1M PPR Salak Selatan : 8 orang   TUJUAN Program ini dapat menguji kecekapan peserta dalam penggunaan komputer khususnya aktiviti menaip, di samping membudayakan penggunaan internet secara positif dengan KDB. Tujuan penerapan KDB dalam aktiviti kali ini adalah untuk mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. Dengan adanya program seperti ini, peserta akan dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan lebih mengenali antara satu sama lain. KUMPULAN SASARAN Penyertaan adalah terdiri daripada... read more

Kisah Kejayaan bersama Mohamed Alkish

23 January 2018 | Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN  Nama : Encik Mohamed Alkish Bin Navvirusaleem Umur : 31 tahun Alamat : Blok B, PPR Salak Selatan, Kuala Lumpur Youtube Video : https://www.youtube.com/watch?v=c3xItXXPNGk  Alkish mula menceburi bidang masakan ini semasa berumur 23 tahun lagi. Beliau merupakan seorang yang bersemangat kental dalam mengharungi dugaan hidup. Beliau merupakan seorang lelaki yang mempunyai kemahiran memasak untuk pelbagai jenis makanan dan hidangan. Perniagaan yang dipanggil katering ini juga tercetus apabila beliau didorong oleh kedua ibu bapanya yang memang mempunyai kemahiran memasak. Ayah beliau telah berniaga sebagai tukang masak dan mengambil katering sudah hampir 40 tahun dan sekarang... read more

lagi berita & aktiviti