Mengenai PI1M

Pusat Internet 1 Malaysia Seberang Terus mula beroperasi kepada orang ramai pada 17 November 2016. 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan Wi-Fi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan IT terkini seperti 20 buah komputer dan perisian, perkhidmatan faks, pencetak, program latihan ICT dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan pembantu pengurus.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :

  •   Kelas Computer / ICT ( PERCUMA untuk ahli )
  •   Kelas Menaip ( PERCUMA untuk ahli )
  •   Mencetak
  •   Mengimbas
  •   Liminate
  •   Aksesori Komputer dan Talifon 
  •   Sewa Bilik Mesyuarat
  •   WIFI