Berita & Aktiviti Terkini

Puan Nor Baizura binti Othman NZ Qaseh Enterprise Usahawan Januari 2017

23 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Nor Baizura bin Othman atau lebih mesra denagn panggilan “Kak Zura” merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan butik, catering dan pengurusan majlis di bawah nama NZ Qaseh Enterprise di PPR Seri Alam ini. Minat yang mendalam Kak Zura di dalam bidang Tatarias ini mendorong dia untuk menghadiri kelas-kelas solekan. Bermula dengan solekan kecil-kecilan, beliau memberanikan diri membuka butik Andaman. Alhamdulillah, usaha beliau membuahkan hasil. Di NZ Qaseh juga, turut menyediakan perkhidmatan lain seperti Candy Booth, Photo Booth serta Sewaan Pelamin (DIY). Setelah menceburi bidang andaman dan pelamin, beliau mencuba pula peluang... read more

Pertandingan Treasure Hunt Klik Dengan Bijak (KDB)

30 January 2017 | Berita Terkini

Pada 22 Januari 2017 yang lalu bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Alam 2, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya aktiviti Pertandingan Treasure Hunt Klik Dengan Bijak (KDB). Aktiviti ini dijalankan bagi merapatkan lagi hubungan PI1M dengan komuniti dengan cara bersukan sambil dalam masa yang sama menguji tahap kefahaman peserta mengenai KDB. Kehadiran peserta agak memberangsangkan di mana seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada mereka yang berada di peringkat rendah dan juga menengah.      Aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat berpasukan, kerjasama selain mereka akan berbincang untuk menjawab soalan-soalan yang berkaitan... read more

Pertandingan Bijak Kata, Smart Word

30 January 2017 | Berita Terkini

Pada 21 Januari 2017 yang lalu bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Alam 2, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya aktiviti Pertandingan Bijak Kata, Smart Word. Aktiviti ini dijalankan bagi menguji tahap kecerdasan fikiran peserta dalam menyelesaikan tugsan yang diberikan kepada mereka semasa pertandingan selain dapat menambahkan lagi pengetahuan mereka. Kehadiran peserta agak memberangsangkan di mana seramai 16 orang peserta yang terdiri daripada mereka yang berada di peringkat rendah dan juga menengah.   Aktiviti seperti ini dapat memupuk sifat ingin tahu peserta selain mereka dapat mengetahui tahap pengetahuan mereka dan memperbaiki serta... read more

Usahawan November

27 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Encik Afzanizam merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan keropok lekor frozen yang di perolehi daripada golongan asnaf (penerima bantuan zakat). Minat En.Afzanizam atau lebih di kenali dengan panggilan Nizam timbul setelah merasakan kelainan keropok lekor yang di hasilkan golongan asnaf tersebut.  Keropok lekor ini juga turut di jual dalam bentuk goreng. Selain itu, En. Nizam turut menjalankan perniagaannya yang kecil-kecilan ini melalui penghantaran makanan ke pejabat-pejabat dan majlis-majlis kecil. Menjadikan pernigaan ini sebagai wang tambahan kerana beliau masih bekerja di bawah majikan di Kuala Lumpur. Di dalam 1 paket frozen itu, terdapat 20... read more

Usahawan April

27 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Afiza adalah pengusaha Muruku Hijau yang dihasilkan daripada Kacang Peas. Puan Afiza merupakan Surirumah sepenuh masa yang menjalankan perniagaan Muruku Hijau secara kecil-kecilan. Inspirasi Puan Afiza menjalankan perniagaan ini adalah kerana kelainannya. Keinginan beliau bertambah untuk mengahsilkan muruku ini setelah menghadiri Kelas Membuat Muruku anjuran KEMAS.  Bahan asas yang di perlukan adaalah kacang peas (untuk muruku hijau) dan kacang dhal (untuk muruku kari) selain daripada tepung, garam, air dan serbuk perasa yang di benarkan. Percubaan pertama beliau berhasil apabila "tester" yang di berikan kepada rakan-rakan dan kenalan. Tempahan demi tempahan di... read more

Usahawan Disember

27 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Zulrafeta bin Zainuddin adalah salah usahawan yang menjalankan perniagaan Tomyam  dan Sup Ekor di kawasan PPR Seri Alam 2. Dengan menggunakan nama  "MZ Tomyam", Encik Zulrafeta atau lebih dikenali dengan Abang Zul, mampu menyara keluarganya dengan hasil yang di peroleh daripada perniagaannya. Antara menu yang utama yang menjadi tarikan pengunjung di MZ Tomyam adalah Ayam Penyet, selain daripada Sup Ekor dan masakan panas seperti Tomyam, masakan goreng dan air minuman. Abang Zul juga menjalankan perniagaan menggunakan sistem aplikasi Whatapps sebagai perantara untuk urusan penghantaran makanan ke pejabat-pejabat yang berada di sekitar PPR... read more

Gotong Royong PI1M

27 December 2016 | Berita Terkini

Pada 17 Disember 2016 yang lalu bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Alam 2, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya aktiviti Gotong Royong PI1M. Seramai 10 orang ahli telah turut serta dalam menjayakan aktiviti ini. Aktiviti ini dijalankan bagi memupuk semangat menjaga kebersihan PI1M, alam sekitar sekitar bermula dari disiplin dalam diri sendiri. Melalui aktiviti seperti ini, ianya dapat mendidik disiplin di dalam diri peserta.      Pada hari aktiviti ini dijalankan, ahli yang hadir di terangkan keperluan yang perlu merekan lakukan sepanjang aktiviti dijalankan. Peserta-peserta telah dibahagikan dengan beberapa tugasan dan setiap... read more

Pertandingan Pop Kuiz dan Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB)

10 December 2016 | Berita Terkini

Pada minggu  lalu, 10 Disember 2016, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Alam 2 telah mengadakan Pertandingan Pop Kuiz dan Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB). Pertandingan ini merupakan sebuah program yang dijalankan oleh Pusat Internet 1 Malaysia melibatkan pelajar yang berusia 15 tahun ke bawah. Pertandingan ini untuk menguji kecekapan, pengetahuan dan kemahiran peserta berfikir dan menjawab soalan bedasarkan video yang dipaparkan Sambutan yang di terima agak memberangsangkan di mana kami menerima seramai 16 peserta yang mendaftar. Peserta yang berdaftar telah di bahagikan kepada 2 orang di dalam 1 kumpulan. Sebanyak... read more

Pertandingan Pop Kuiz

30 November 2016 | Berita Terkini

  Pada hari Sabtu yang lalu, bertarikh 26 November 2016, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Alam 2 telah mengadakan Pertandingan Pop Kuiz. Pertandingan ini merupakan sebuah program yang dijalankan oleh Pusat Internet 1 Malaysia melibatkan pelajar yang berusia 15 tahun ke bawah. Pertandingan ini untuk menguji kecekapan, pengetahuan dan kemahiran peserta berfikir dan menjawab soalan yang di berikan.    Sambutan yang di terima agak memberangsangkan di mana kami menerima seramai 20 orang yang mendaftar. Peserta yang berdaftar telah di bahagikan kepada 2 orang di dalam 1 kumpulan. Sebanyak 10 kumpulan telah bertanding... read more

Pertandingan Menaip Pantas

30 November 2016 | Berita Terkini

Pada hari Selasa yang lalu, bertarikh 22 November 2016, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Alam 2 telah mengadakan Pertandingan Menaip Pantas. Pertandingan ini merupakan sebuah program yang dijalankan oleh Pusat Internet 1 Malaysia melibatkan semua pelajar berusia 15 tahun ke bawah. Pertandingan ini untuk menguji kecekapan, kepantasan dan kemahiran peserta dalam menaip teks yang diberikan. Ianya juga untuk menguji tahap kemahiran peserta menaip setelah mereka mengikuti kelas-kelas dan latihan-latihan yang dijalankan pihak PI1M PPR Seri Alam 2.    Seramai 10 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini telah dijalankan secara... read more

lagi berita & aktiviti