Berita & Aktiviti Terkini

HARI MESRA PI1M MAC 2018

22 March 2018 | Berita Terkini

     Pada 22 Mac 2018 yang lalu, PI1M Pantai telah menganjurkan satu program iaitu Hari Mesra pi1m di mana ia terbuka kepada golongan pelajar-pelajar sekolah rendah serta sekolah menengah. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara mereka selain untuk menguji cara mereka berkomunikasi di dalam kumpulan dalam satu pertandingan iaitu pertandingan “Telefon Rosak.” Selain itu, mereka juga dapat mengisi waktu yang terluang pada cuti sekolah dengan aktiviti – aktiviti berfaedah yang disediakan oleh PI1M Pantai selain dari kerja – kerja sekolah yang diberi oleh guru. Pertandingan ini berlangsung... read more

OPENDAY 2018 DI PI1M PANTAI

21 March 2018 | Berita Terkini

Pada 21 Mac 2018 yang lepas, PI1M PPR Pantai telah menganjurkan satu program iaitu Openday 2018 bagi semua komuniti di sekitar PPR Pantai terutamanya bagi golongan pelajar-pelajar sekolah rendah serta sekolah menengah. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara mereka selain dapat mengisi waktu yang terluang pada cuti sekolah dengan aktiviti – aktiviti berfaedah yang disediakan oleh PI1M Pantai. Program ini  bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 5.30 petang. Sebelum program ini bermula, mereka perlu mendaftar untuk kehadiran serta diberi taklimat ringkas berkenaan dengan aturcara sepanjang program ini... read more

Spelling Bee Mac 2018

20 March 2018 | Berita Terkini

Pada 20 Mac 2018 yang lepas, PI1M Pantai telah menganjurkan satu pertandingan untuk golongan pelajar-pelajar sekolah rendah serta sekolah menengah bagi menguji pengetahuan mereka dalam menguasai Bahasa Inggeris juga Bahasa Melayu. Pertandingan ini berlangsung selama 3 jam 30 minit iaitu dari pukul 2.00 sehingga 5.30 petang. Sebelum bermulanya pertandingan, para pelajar perlu mendaftar untuk kehadiran serta diberi taklimat ringkas berkenaan dengan cara-cara dan masa yang diperuntukkan bagi kedua-dua bahasa tersebut. Seterusnya, mereka diberikan kertas jawapan, pensel dan pemadam sebelum memulakan pertandingan itu. Selain menguji pengetahuan mereka, kaedah ini dapat membantu mereka... read more

Usahawan : Lynass Beauty

07 February 2018 | Profil Usahawan Tempatan

Nama Pengusaha         : Eina Balkish Binti Abu Yazit Nama Perniagaan         : Lynass Beauty Umur                            : 32 Tahun Alamat Perniagaan       : 96-08-06 PPR Kampung Limau, Jalan Pantai Dalam, 59200 Kuala     Lumpur No. Telefon                  : 017-3630864     Puan Eina Balkish Binti Abu Yazit, 32 tahun, merupakan seorang usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan. Beliau memulakan perniagaan kecil-kecilan beliau pada tahun 2016 bermula apabila beliau sendiri telah menjadi antara testimoni yang telah berjaya dalam menggunakan produk tersebut dan ingin berkongsi tentang kejayaan itu kepada rakan-rakan dan pengguna-pengguna lain di luar sana yang... read more

Gotong Royong Pi1M

21 January 2018 |

Gotong-royong               21 Januari 2018 : aktiviti gotong-royong merupakan satu aktiviti kemasyarakatan yang perlu dipupuk dan diajar pada setiap insan. Terutama sekali pada kanak-kanak yang mana seperti yang kita tahu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Aktiviti gotong-royong dilakukan bersama kanak-kanak penduduk Ppr Sri Pantai . Aktiviti ini telah dijalankan bermula pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Sebelum aktiviti gotong-royong dijalankan, PI1M juga telah mengadakan kelas sivik bersama kanak-kanak dan remaja PPR Seri Pantai. Seramai 15 orang telah menghadiri kelas ini. Aktiviti yang berlangsung selama setengah hari itu melibatkan golongan bersama komuniti PI1M Pantai.... read more

Kuiz ICT

25 January 2018 |

ada 25 Januari yang lepas, PI1M Pantai telah menganjurkan satu pertandingan khas untuk golongan kanak-kanak mengasah pengetahuan mereka didalam bidang ICT. Penyertaan yang diterima dari kaum kanak-kanak tersebut telah mendapat sokongan dari ibubapa mereka. Pertandingan ini berlangsung selama 1 jam iaitu dari pukul 4.00 sehingga 5.00 petang. Sebelum bermulanya pertandingan para peserta diberi taklimat ringkas berkenaan Klik Dengan Bijak dan juga Pendidikan Sivik memandangkan mereka perlu diberi pendedahan tentang keselamtan dan bahaya yang terdapat dalam penggunaan internet supaya mereka lebih berhati-hati kelak. Seperti yang sedia maklum melentur buluh biarlah dari rebungnya.... read more

OPENDAY – JALINAN UKHUWAH

30 June 2017 |

Program “Open Day” dengan bertemakan “Jalinan Ukhuwah” ini merupakan sebuah program yang dijalankan oleh Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai pengenalan kepada masyarakat khususnya di sekitar Kawasan PPR Seri Pantai tentang penubuhan PI1M serta tujuan dan fungsinya. Dalam program ini juga akan diselitkan dengan program pelbagai aktiviti yang menarik. Tema Jalinan Ukhuwah dipilih pada tahun ini kerana program tersebut dijalankan pada bulan Ramadhan yang lepas dengan kerjasama persatuan penduduk dan juga surau Al-makmur PPR Seri Pantai. Aktiviti pada hari tersebut dimulakan dengan majlis tadarus... read more

Sukaneka Tahunan

31 October 2017 |

Sebagai menyahut seruan kerajaan yang inginkan rakyatnya mempunyai kehidupan yang sihat, satu program telah berlangsung dengan jayanya di PPR Seri Pantai anjuran Tabika Perpaduan, Kelab Rukuntetangga dan Pusat Internet 1Malaysia. Program ini telah bermula seawal 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang. Program ini dilakukan sebagai acara tahunan untuk para pelajar tabika perpaduan. Selain kanak-kanak terdapat juga acara untuk ibubapa.             Pelbagai aktiviti menarik telah berlangsung sepanjang program tersebut. Diantaranya sukaneka, untuk kanak-kanak dan juga ibubapa. Acara khas untuk kanak-kanak adalah seperti Larian Jalur Gemilang, Larian Ais Krim Gergasi, Puteri... read more

Sambuatan Hari Depavali

31 October 2017 |

Pada penghujung bulan Oktober yang lepas iaitu bersama tarikh 29 Oktober 2017, persatuan penduduk PPR Seri Pantai dengan kerjasama DBKL dan juga NGO yang berada di sekitar PPR Seri Pantai termasuk Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Pantai telah mengadakan satu majlis sambutan hari Depavali. Program ini berlangsung pada pukul 8.00 malam sehingga 10.30 malam. Program ini dianjurkan bagi meraikan sambutan yang disambut pada setiap tahun oleh masyarakat Malaysia. Memandangkan selain melayu, India adalah komuniti yang agak besar di PPR Seri Pantai ini, maka persatuan penduduk telah mengambil inisiatif untuk... read more

Taklimat Advokasi

31 August 2017 |

Satu taklimat advokasi telah dijalankan di Pusat Internet PPR Seri Pantai untuk penduduk PPR Seri Pantai pada 27 Ogos 2017 yang lepas. Program yang mengambil masa hampir 3 jam ini tersebut telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pada para peserta dan komuniti setempat. Program berlangsung pada pukul 2.00 petang sehingga 4.3o petang.             Fokus program tersebut adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta dan pengungjung mengenai langkah-langkah bijak yang perlu dibuat ketika melayari internet. Seramai lebih kurang 15 orang peserta telah menghadiri taklimat tersebut dimana mereka telah diberi... read more

lagi berita & aktiviti