Berita & Aktiviti Terkini

Sistem Cuckoo Login

02 September 2017 | Berita Terkini

Pada 2 September yang lalu , Cuckoo Sdn Bhd cawangan utara telah menjalankan program bagi menaiktaraf sistem pengurusan mereka yang melibatkan Ahli yang berdaftar di bawah syarikat tersebut . Program kerjasama bersama Pi1M PPR Seri Sena ini berlangsung selama 3 jam yang mana mukadimah pertama daripada pengurus mengenai penjelasan yang lebih terperinci berkenaan Pi1M dan kemudahan yang disediakan. Selain itu , pihak Cuckoo menggunakan kemudahan internet , bilik latihan dan juga peralatan komputer yang disediakan bagi memudahkan peserta pada hari tersebut memasuki laman sesawang sistem Cuckoo.       ... read more

Program Sambutan Minggu Perpaduan Parlimen Kangar

16 September 2017 | Berita Terkini

Pada 16 September yang lalu , Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Sena bersama PPR Bintong dan Berseri telah mendapat jemputan daripada Jabatan Perpaduan dan Integriti Nasional dengan kerjasama Jawatankuasa Permuafakatan Rukun Tetangga Parlimen Kangar untuk memeriahkan Program Sambutan Minggu Perpaduan Parlimen Kangar bertempat di Kampung Guar Syed Alwi. Program yang berlangsung dari 8.30 – 2.00 petang ini berlangsung dengan jayanya dengan penyertaan daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta yang membuka booth masing-masing seperti Tabung Haji, SPNB,PTPTN,Ar – Rahnu, Taman Ular dan banyak lagi. Program yang dimulakan dengan senamrobik dan kemudiannya gimik... read more

Animal Paper Craft

17 September 2017 | Berita Terkini

Pada 17 September 2017 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Sena telah menjalankan program kreatif penghasilan kraf kertas yang kurang menggunakan gunting bertemakan haiwan di alam rimba .Templat-templat bagi penghasilan kraf tersebut telah diambil daripada sumber internet. Seramai 10 orang peserta telah menyertai aktiviti ini .Peserta yang hadir dalam lingkungan umur 10 tahun hingga 16 tahun.Seramai 9 orang peserta lelaki dan seorang peserta perempuan memeriahkan program ini.Aktiviti penghasilan kraf kertas ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga 4.00 petang. Setiap templat untuk penghasilan kraf mengpunyai garisan halus sebagai penanda untuk melipat menjadi bentuk-bentuk... read more

Program Keselamatan & Kejiranan Parlimen Kangar

20 September 2017 | Berita Terkini

Pada 20 September  yang lalu,  Pusat Internet 1 Malaysia Seri Sena bersama  Pusat Internet 1 Malaysia Beseri  telah menerima jemputan untuk menyertai dalam Program Pendidikan Keselamatan Kejiranan Parlimen Kangar anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional Negeri Perlis. Majlis ini dirasmikan oleh YB Puan Hajah Rela binti Ahmad, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat/ Kebajikan Masyarakat/ Perpaduan Masyarakat.     Program ini adalah program teras strategik Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional dimana ianya perlu dilaksanakan di setiap negeri peringkat parlimen. Antara tujuan program tersebut adalah untuk memperkasakan hubungan antara komuniti seterusnya dapat... read more

Hari Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Sena & PPR Bintong

20 September 2017 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia yang melibatkan 2 buah Pusat Internet 1 Malaysia di sekitar Kangar iaitu Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Sena dan Pusat Internet 1 Malaysia PPR Bintong telah melancarkan Majlis Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia yang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Sena. Majlis tersebut dirasmikan oleh YB. Ir. Shaharuddin Bin Ismail selaku Ahli Parlimen Kangar. Turut diiringi bersama ialah wakil dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Encik Muhammad Hafiz Bin Hasan dan wakil daripada pihak Celcom, Encik Hairil Bin Hasan. Majlis ini turut dihadiri... read more

Usahawan Tempatan September : Elisa Said

15 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Elisa Bt Said, 27, adalah pemilik kepada satu perniagaan kafe yang berkonsepkan makanan dan minuman. Beliau dan pasangannya En Shukri, telah membuka cafe yang diberi nama TFF CAFE.TFF CAFE adalah singkatan daripada perkataan The Frozen Food Cafe, kafe beliau berkonsepkan vendor. Sebelum menceburi bidang cafe,beliau mula berjinak-jinak dalam jualan tudung dan produk kecantikan bermula dari tahun 2013 hingga 2015.Setelah itu,pada tahun 2015 beliau memulakan perniagaan kedai makan sejuk beku di hadapan Pasar Besar Sena.Ketika ini beliau hanya menjalankan perniagaan secara runcit. Pada awal tahun 2017, beliau telah berpindah ke Bangunan Pusat Perniagaan... read more

Bengkel MS Powerpoint Bersama Pelajar SRI III

10 August 2017 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia PPR Seri Sena dengan kerjasama Kluster Perlis Utara yang melibatkan 4 lagi Pusat Internet telah terlibat dalam  Bengkel Ms Office Power Point  yang telah melibatkan 42 orang peserta yang terdiri  daripada para pelajar sekolah rendah  daripada  Sekolah Rendah Islam III Felda Chuping Perlis.   Program yang berlangsung selama 2 jam ini dimulakan pelajaran dengan menaip menggunakan papan kekunci. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan Ms Power Point sebagai salah satu medium untuk pembentangan. Mereka turut diajar berkenaan dengan cara untuk menukar jenis tulisan, warna tulisan, saiz tulisan dan juga... read more

Kempen Kotak Mobile E- Waste Selamatkan Bumi Kita & KDB

18 August 2017 | Berita Terkini

Pada 13 Ogos 2017 telah berlangsung kelas bagi menghasilkan kotak bagi Mobile e-waste, Mobile e-Waste adalah sisa daripada barangan eletronik yang tidak lagi digunakan seperti telefon yabg sudah rosak, alat pengecas telefon dan alatan-alatan lain. Aktiviti penghasilan kotak ini telah disertai seramai 10 orang peserta. Program pintar ini adalah menekankan langkah , bahaya dan juga penerangan khusus bagi pengurusan perkakasan elektrik berasaskan SIM seperti telefon bimbit , telefon pintar , tablet , phablet termasuk pengecas dan aksesori dengan betul. Sebelum penghasilan kotak ini dimulakan, peserta ditayangkan video serta maklumat-maklumat untuk menghasilkan kotak... read more

Usahawan Tempatan Ogos : Chew Saw Nee

17 August 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Chee Saw Nee adalah seorang usahawan dan pembekal telur ayam di sekitar Perlis. Beliau dan suaminya  yang menjalankan perniagaan warisan bapa mertua beliau membekalkan telur ayam bermula dari gred A, B, C, D, E, F kepada kedai runcit, kedai makan, pasaraya dan juga orang perseorangan. Selain itu, sesiapa juga dapat membeli telur ayam terus daripada rumah beliau di Taman Sri Murni, Kangar. Perniagaan yang dijalankan selama 15 tahun ini menggunakan pelbagai jenis pengangkutan bergantung kepada jumlah telur yang dibekalkan kepada pelanggan iaitu bermula dengan motor, van dan juga lori. Pemilik syarikat Chop... read more

Whatsapp Emoji Bookmark

12 August 2017 | Berita Terkini

Pada 12 Ogos yang lalu, satu program kreatif ICT yang dinamakan sebagai Whatsapp Emoji Bookmark yang menggunakan tutorial penuh daripada laman Youtube. Program yang menghimpunkan 13 peserta pelbagai peringkat umur ini ditayangkan dengan video tutorial ‘How to Make Bookmark Using Whatsapp Emoji ‘.   Mereka dibekalkan dengana alatan asas seperti kertas berwarna, gunting, kertas, gam untuk membuat penanda buku tersebut. Setiap peserta diminta untuk memilih emoji yang berbeza. Setiap pelajar begitu bersemangat menghasilkan penanda buku ini sehingga ada yang menghasilkan lebih dari satu penanda buku untuk dijadikan kegunaan peribadi.     ... read more

lagi berita & aktiviti